SKEMA JAWAPAN SPM 2009...!
Soalan 2(a): Petikan Umum
(i) Berikan maksud frasa keadaan yang merimaskan. (2 markah)
- Maksud keadaan yang merimaskan ialah situasi/suasana yang tidak selesa/merunsingkan/ suasana yang gelisah > (2 markah)
- keadaan yang merunsingkan > (1 markah)
- situasi/suasana yang merimaskan > (1 markah)
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan yang dialami jika seseorang tidak mendapat tidur yang cukup. Nyatakan 3 kesan tersebut. (3 markah)
- Antara kesan jika tidak cukup tidur ialah proses penyimpanan maklumat terganggu, tumpuan dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas dan menjejaskan pusingan biologi seseorang. > (3 markah)
- Antara kesanya ialah:-
- proses penyimpanan maklumat terganggu.
- tumpuan dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas.
- menjejaskan pusingan biologi seseorang. > (1 markah) > jawapan dalam bentuk poin.
(iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang menghadapi masalah sukar tidur? Kemukakan 4 punca. (4m)
- Pada pendapat saya antara punca sukar tidur ialah persekitaran bilik tidur yang tidak kondusif, masalah kesihatan yang dihadapi, terlebih tidur pada waktu siang dan masalah rumah tangga. > (4 markah)
- Selain jawapan di atas diterima jika sesuai. > nyatakan sekurang-kurangnya 4 punca
Comments
Post a Comment