AYAT PASIF > AYAT AKTIF....!


Soalan:-
  • Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
  1. Negara Malaysia telah berjaya ditadbirkan oleh pemimpin kita dengan bijaksana.
  2. Hamidah telah saya pelawa ke majlis pertunangan Kak Syima pada bulan hadapan.
  3. Cawangan yang ketiga syarikat itu telah ditubuhkan di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.
(6 markah)
 
Contoh jawapan:-
  1. Pemimpin kita telah berjaya mentadbir negara Malaysia dengan bijaksana.
  2. Saya telah mempelawa Hamidah ke majlis pertunangan Kak Syima pada bulan hadapan.
  3. Syarikat itu telah menubuhkan cawangan yang ketiganya  di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.
Komen:-
  • Untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ataupun sebaliknya, perkara yang paling utama perlu diberikan perhatian ialah mengenal pasti 'objek', 'subjek' dan juga kata ganti nama diri dalam ayat-ayat berkenaan.


Comments

Popular Posts