PERIBAHASA PT3...!

Soalan tentang peribahasa ditanya melalui soalan no.4, dalam bahagian A. Calon akan diuji tentang DUA soalan mengenai maksud peribahasa, mungkin berdasarkan gambar, keterangan ayat dan sebagainya.
Perkara yang menjadi tanda tanya kebanyakan pelajar atau bakal calon PT3 ialah, apakah skop peribahasa yang akan disoal? Apakah perlu pelajar atau calon merujuk kamus-kamus peribahasa yang ada di pasaran? Mampukah pelajar-pelajar atau bakal calon menghafal semua peribahasa yang ribuan itu?
Bagi menjawab persoalan tersebut, Cikgu ada berbincang dengan rakan-rakan guru, pemeriksa-pemeriksa kertas dan mereka yang terlibat secara langsung dalam merangka format dan soalan Bahasa Melayu PT3, dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah kemungkinan besar soalan tentang peribahasa ini hanya melibatkan peribahasa-peribahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 - 3.
Di bawah ini Cikgu senaraikan peribahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2:-
  1. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
  2. Ringan tulang, berat perut.
  3. Ada udang di sebalik batu.
  4. Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
  5. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
  6. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
  7. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
  8. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
  9. Alah membeli menang memakai.
  10. Alang-alang mandi biar basah.
  11. Biar titik jangan tumpah.
  12. Indah khabar daripada rupa.
  13. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
  14. Jauhari jua yang mengenal manikam.
  15. Sudah terantuk baru terngadah.
  16. Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
  17. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
  18. Jauh berjalan luas pandangan.
  19. Seperti lintah menghisap darah
  20. Seperti harimau menyembunyikan kukunya.
  21. Seperti embun di hujung rumput.
  22. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung.
  23. Seperti hujan jatuh ke pasir.
  24. Alang-alang berdakwat biarlah hitam.
  25. Kalau tak berada-rada, tak akan tempua bersarang rendah.
  26. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
  27. Seperti api di dalam sekam.
  28. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  29. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
  30. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal.
  31. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Comments

Post a Comment

Popular Posts