ESEI: LANGKAH MENGHAPUS TEMPAT PEMBIAKAN....!
Tajuk: Dewasa ini wabak demam denggi semakin menular terutamanya di kawasan-kawasan
bandar sehingga menimbulkan suasana mencemaskan dalam kalangan rakyat.
Huraikan langkah-langkah menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Analisis tajuk:-
Pelajar perlu betul-betul memahami soalan sebelum membuat karangan. Langkah pertama yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar adalah dengan memahami tema dan kehendak soalan atau tugasan soalan berkenaan.
Untuk soalan di atas,
- Tema: Nyamuk Aedes
- Tugasan: Langkah menghapuskan tempat pembiakan
- Komentar: Pelajar seharusnya mengutarakan perihal tentang nyamuk Aedes, seperti sifat, habitat, kelainan berbanding nyamuk jenis lain dan lain-lain. Kemudian, pelajar menyatakan 3 - langkah atau cara untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, seperti:-
- membuang sampah sarap di tempat yang khusus seperti tong sampah yang bertutup
- menanam bekas-bekas seperti kotak minuman, tempurung kelapa agar tidak menjadi tempat menakung air.
- membersihkan kawasan sekitar seperti pekarangan rumah dan di dalam rumah
- memastikan semua alatan yang menyimpan air seperti kolam kecil, bekas akuarium, tempayam dibersihkan serta ditukarkan airnya mengikut jadual.
- bekas-bekas yang menyimpan air hendaklah dimasukkan Abate, iaitu ubat membunuh jentik-jentik nyamuk Aedes.
- Setiap isi yang diutarakan itu mestilah dihuraikan dengan jelas dengan memasukkan contoh-contoh yang sesuai dan semasa.
- Pelajar digalakkan mengguna pakai kaedah huraian:-
- Isi
- Huraian isi
- Berikan contoh
- Nyatakan cadangan untuk penambahbaikan
- Penegasan terhadap isi
- Memasukkan ungkapan bahasa menarik yang sesuai merupakan satu bonus.
Comments
Post a Comment