KESILAPAN TANPA SEDAR...!
Pengguna bahasa sering menggunakan perkataan ini secara meluas. Yang menyedihkannya adalah, kerana cara menggunakan perkataan tersebut tidak tepat dan gramatis. Apakah perkataan yang saya maksudkan itu?
Penggunaan kata ganti tanya dan kata ganti tanya umum dalam ayat sering menimbulkan kesalahan kerana kebanyakan pengguna bahasa menganggapkan kedua-dua jenis kata ganti ini sama dari segi makna dan fungsinya.
BIL
|
KATA
GANTI TANYA
|
KATA
GANTI TANYA UMUM
|
1.
|
apa
|
apa-apa
|
2.
|
mana
|
mana-mana
|
3.
|
siapa
|
siapa-siapa/sesiapa
|
4.
|
bila
|
bila-bila
|
Sebenarnya, sebagai pengguna yang bahasa yang prihatin, kita mestilah dapat membezakan cara penggunaan kata ganti tanya dalam ayat.
Biasanya kata ganti tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu dan lazimnya pada pengakhiran ayat tanya tersebut, mempunyai tanda soal (?).
Kata ganti tanya juga digunakan bersama dengan partikel 'kah'.
Lihat contoh penggunaan ayat tanya di bawah:-
- Apakah jawapan kamu?
- Di manakah tempat kamu mendirikan khemah?
- Orang itu siapa?
- Bilakah berlangsungnya majlis itu?
- Dia tidak memberikan apa-apa jawapan.
- Pelajar boleh memilih mana-mana jawapan yang disediakan.
- Siapa-siapa / sesiapa pun boleh menyertai pertandingan menulis esei itu.
- Majlis itu akan berlangsung bila-bila masa sahaja.
- Dia tidak memberikan apa jawapan.
- Pelajar boleh memilih mana jawapan yang disediakan.
- Siapa pun boleh menyertai pertandingan menulis esei itu.
- Majlis itu akan berlangsung bila masa sahaja.
- Apa sahaja boleh berlaku sekarang.
- Faktor individu di mana menjadi penyebab kegagalan projek itu.
- Siapa sahaja dibenarkan menggunakan makmal ini.
Comments
Post a Comment