ESEI SPM 2012(1)...!

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012
BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)

BAHAGIAN B
Soalan 1.
Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

* Calon perlu menulis penglibatannya dalam program motivasi yang disertainya.

Antara idea yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:-

  • Meningkatkan jati diri
  • Membina keyakinan diri
  • Suntikan minat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
  • Dapat bergaul dengan pelajar-pelajar lain dan berkongsi idea serta pengalaman
  • Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang pelbagai
  • Melakukan anjakan paradigma daripada negatif kepada positif
  • Menyedari peripentingnya kasih sayang dan keprihatinan dalam keluarga
  • Menyedari peripentingnya pengurusan masa secara bijaksana

Comments

  1. Pada pendapat saya, faedah yang dapat saya peroleh dari program motivasi yang dianjurkan oleh sekolah ialah membina keyakinan diri. Dengan adanya program-program motivasi, saya boleh membina keyakinan diri hasil daripada pembentangan idea yang bernas dari penyampai motivasi. Saya dapat keyakinan dalam melakukan kerja yang ditugaskan kepada saya. Dengan adanya keyakinan dalam diri saya, saya tidak perlu bergantung harap kepada orang lain. Ini dapat menjadi satu kelebihan penting kepada saya.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Selain itu, menyertai program motivasi dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang pelbagai daripada pelbagai aspek. Melalui program motivasi yang disertai, kita akan mendapat input-input yang jarang diperoleh di sekolah di samping dapat membuka minda kita untuk menerima perkara baharu. Contohnya, kita dapat mempelajari sesuatu perkara yang tidak ada dalam waktu pembelajaran dan pengajaran yang biasa. Tuntasnya, pengetahuan kita akan bertambah dan dapat membantu kita untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selaras dengan dasar kerajaan yang ingin menghasilkan pelajar minda kelas pertama. Oleh itu, jelaslah bahawa program motivasi dapat menambah pengetahuan kita dan membantu kita untuk berfikir secara lebih terbuka.

    ReplyDelete
  4. Faedah menyertai program motivasi ialah saya dapat bergaul dngn plajar-pelajar lain dan berkongsi idea serta pengalaman.Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kami. Selain itu, saya juga akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan disamping menambah kenalan baharu ketika bergaul dngan mereka. Bergaul dengan ramai orang juga dapat meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri kita. Bak kata perpatah melayu , jauh perjalanan luas pemandangan , bnyak pengalaman . contohnya, apabila bercampur tingkatan dalam sesuatu aktiviti kita akan lebih saling mengenali untuk mendapatkan kerjasama bagi menyiapkan tugasan kumpulan yang telah diberikan . Jelaslah bahawa menyertai pelbagai program motivasi,kita dapat bergaul dengan pelajar-pelajar lain dan berkongsi idea serta pengalaman.

    NUR ISMAZ ISMAIL & NABIHAH BT SIDEK

    ReplyDelete
  5. Faedah pertama yang dapat diperolehi dengan menyertai program motivasi ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Isi ceramah yang disampaikan oleh penceramah sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada kami. Selain itu,melalui program motivasi juga, kami dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna untuk digunakan pada masa akan datang.Sebagai contoh ceramah tentang keburukan penggunaan dadah kepada diri.Kami didedahkan dengan pelbagai jenis dadah yang dijual pada masa kini.Secara tidak langsung kami tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.Tegasnya, program motivasi perlu diadakan selalu agar pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada motivasi yang disampaikan.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Faedah pertama yang dapat diperolehi dengan menyertai program motivasi ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Isi ceramah yang disampaikan oleh penceramah sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada kami. Selain itu,melalui program motivasi juga, kami dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna untuk digunakan pada masa akan datang.Sebagai contoh ceramah tentang keburukan penggunaan dadah kepada diri.Kami didedahkan dengan pelbagai jenis dadah yang dijual pada masa kini.Secara tidak langsung kami tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.Tegasnya, program motivasi perlu diadakan selalu agar pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada motivasi yang disampaikan.
    fatin shafika dan amalin sholehah =)

    ReplyDelete
  8. Fedah yang pertama ialah saya dapat bergaul dengan pelajar-pelajar lain dan berkongsi idea serta pengalaman. Hal ini kerana apabila saya menyertai program motivasi ini , saya dapat mengenal malahan berkawan dengan pelajar-pelajar yang tidak pernah saya kenali sebelum ini . Secara tidak lansung saya dapat berkongsi idea dan pengalaman bersama mereka dan dapat menjalin hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu , kenalan saya juga akan semakin bertambah melalui program ini. Pengetahuan saya juga semakin bertambah dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung . Oleh itu, jelaslah bahawa program motivasi ini mampu menyebabkan para pelajar bergaul antara satu sama lain dan berkongsi idea serta pengalamam masing-masing.

    ReplyDelete
  9. Faedah yang pertama ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang pelbagai. Pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Apabila saya melibatkan diri dalam program motivasi ini, maka secara automatiknya ilmu pengetahuan dalam diri saya bakal bertambah dari semasa ke semasa. Saya juga dapat mempelajari pelbagai perkara baharu yang dapat dijadikan iktibar serta digunapakaikan pada masa hadapan. Contohnya, apabila saya telah melibatkan diri dalam sebuah program yang telah dikendalikan oleh seorang pakar motivasi yang telah melalui pelbagai pahit manis liku-liku kehidupan, maka secara tidak langsung saya dapat mengambil pengajaran atas peristiwa yang telah berlaku dalam hidup beliau. Tegasnya, sesebuah program motivasi ini dapat memberikan seribu satu manfaat dalam diri yang serba kerdil ini.

    NURHANI IZZATI BINTI KAMARULZAMAN & NURUL AQILA BINTI FAKHRI

    ReplyDelete
  10. Faedah jika kita menghadiri program motivasi , ialah dapat menyuntik semangat kita untuk belajar bersungguh-sungguh . hal ini demikian , kerana kata-kata motivasi yang dihamburkan oleh penceramah akan membangkitkan kesedaran terhadap kepentingan pembelajaran . sekali gus dapat menjamin masa hadapan yang cerah kepada kita . Usaha itu tangga kejayaan . Tegasnya , program motivasi ini akan dapat menyuntik semangat kita untuk belajar bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  11. Pelbagai faedah yang dapat kita peroleh melalui menyertai program motivasi. Antaranya ialah dapat melakukan anjakan paradigma daripada negatif kepada positif. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya".Hadis ini telah membuktikan betapa pentingnya transformasi diri kepada setiap individu.Sebagai pelajar, kita sepatutnya mengambil inisiatif dengan menyertai program motivasi tidak lain tidak bukan untuk menjadi insan yang lebih baik. Seperti yang telah kita ketahui, program sebegini dapat menjadikan kita lebih berdedikasi dan menepati masa. Selain itu, kita juga akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik bukan sahaja untuk kebaikan jasmani, malahan dapat membentuk peribadi yang unggul. Untuk pengetahuan semua, menyertai program motivasi merupakan pilihan yang sangat tepat bagi pelajar yang inginkan perubahan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Tegasnya, pelbagai faedah yang dapat kita peroleh melalui program motivasi. ~ NIK NAJWANI BT NIK MOHAMED & WAN NUR ARFAH BT MAT NASIR ~ :)

    ReplyDelete
  12. Faedah yang pertama ialah saya dapat menyedari peripentingnya pengurusan masa secara bijaksana . Hal ini demikian saya akan mengetahui betapa pentingnya menguruskan masa dengan bijak . Pengurusan masa yang baik dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah sekali gus masa terbuang dengan begitu sahaja . Masa itu emas . Oleh itu , program motivasi seperti ini mengajar saya supaya menghargai masa sepertimana yang terdapat dalam surah Al-Ans . Pelbagai perkara yang berfaedah boleh kita lakukan bagi mengisi masa terluang seperti bersukan , mengulangkaji pelajaran dan sebagainya . Tegasnya , program motivasi perlulah sentiasa diadakan di sekolah supaya pelajar dapat menguruskan masa dengan lebih berhemah dan bijak .

    fatimatuzzahara dan aliya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts