ESEI: KEPENTINGAN KOKURIKULUM...!
TAJUK:
- Kepentingan kokurikulum kepada golongan remaja/pelajar
- AR: Kementerian Pelajaran Malaysia begitu memandang berat tentang keterlibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum kerana sumbangan dan peranannya mampu melahirkan generasi muda yang mapan sahsiah dan unggul cendekiawannya.
- AH: Kegiatan kokurikulum yang terbahagi kepada tiga disiplin utama iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform wajib disertai oleh setiap pelajar.
- AA: Pelbagai kepentingan yang diperoleh oleh golongan pelajar daripada penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum.
- Melahirkan golongan pelajar yang serba-serbi sempurna sama ada dari segi akademik, sahsiah diri dan kepemimpinan serta tahap kesihatan yang terbaik.
- Memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat serta kebolehan individu yang dimiliki setiap pelajar.
- Memupuk semangat kerjasama dan kebergantungan dalam kalangan pelajar.
- Mendidik pelajar menjadi bakal pemimpin yang serba boleh.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang tidak diperoleh di bilik darjah.
- Menanam semangat cinta akan negara.
- Memupuk semangat perpaduan antara kaum.
- Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah.
- Menjauhi pelajar daripada terlibat dengan aktiviti yang negatif.
- Mengisikan masa lapang pelajar secara terancang.
- Melahirkan golongan pelajar yang cerdas minda dan cergas fizikal.
- Meningkatkan minat pelajar tentang aktiviti persekolahan.
- Membantu kerajaan dalam menangani isu kebejatan sosial dalam kalangan remaja.
- Menjadi medan Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan visi serta misi kerajaan.
- Melahirkan golongan pelajar yang lebih mapan dari segi disiplin dan kepemimpinan.
- Mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar serta ibu bapa.
- Mendekatkan pelajar dengan program sekolah.
- Kokurikulum wajar diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak memandangkan sumbangan dan peranan yang dimainkannya begitu besar dan berpengaruh.
- Walaupun masih mempunyai kekurangan tersendiri, namun aktiviti ini seharusnya dikemaskinikan sentiasa agar yang kurang dapat ditambah, yang bocor dapat ditampung dan yang lemah dapat diperkasakan.
Comments
Post a Comment