DISKUSI BAHASA 1...!
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan cuba kenal pasti kesalahannya serta cadangkan cara pembetulannya.
- Adalah dimaklumkan bahawa kegiatan kokurikulum pada minggu ini akan dibatalkan.
- Ibu menghadiahkan adik sepasang baju kurung berwarna merah sempena harijadinya yang ke 16.
- Alat penghawa dingin yang dijual di pasar raya itu dikatakan berkualiti tinggi.
- Datuk gemar menceritakan berkenaan peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu kepada cucu-cucunya.
- Ramai di antara pelajar yang tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
- Kami saling bersalam-salaman selepas tamat perlawanan itu.
- Ikan yang baru dibeli itu emak simpan di dalam peti sejuk.
- Pasukan polis sedang menjejaki penjenayah itu berasaskan pada maklumat yang diberikan oleh orang asli.
- Kegiatan seludup beras di sempadan semakin menular kerana harga beras di pasaran semakin tinggi.
- Jimat-cermat merupakan amalan yang sangat dituntut oleh agama.
- Dengan ini dimaklumkan....
- Ibu menghadiahi adik.... hari jadi.. ke-16
- Alat pendingin hawa...
- Datuk gemar menceritakan peristiwa....
- Ramai antara pelajar...
- Kami saling bersalaman....
- Ikan yang baru dibeli itu disimpan oleh emak/disimpan emak....
- ...... berasaskan maklumat....
- Kegiatan menyeludup beras....
- Jimat cermat ........
Comments
Post a Comment