ESEI: MANFAAT PELANCONGAN...!


PENDAHULUAN:-
  • Ekonomi negara bergantung kepada beberapa sumber seperti sektor perindustrian, pembalakan, pertanian, perkhidmatan dan lain-lain. Sumber lain yang juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara ialah sektor pelancongan. 
  • Banyak manfaat yang disumbangkan oleh industri pelancongan kepada negara. Kedatangan pelancong dari luar negara dan pelancong domestik banyak membawa kebaikan, antaranya:-
ISI-ISI PENTING:-
  • Membantu aktiviti pengaliran masuk mata wang asing - perbelanjaan para pelancong menyebabkan negara memperoleh pendapatan.
  • Meransang pertumbuhan sektor ekonomi yang lain, seperti sektor perkhidmatan pengangkutan, perhotelan, industri perkilangan kraf tangan, industri makanan dan lain-lain.
  • Meningkatnya peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dalam pelbagai sektor, - mengurangkan masalah pengangguran.
  • Perkembangan industri hiliran seperti industri kecil-kecilan, industri kecil sederhana (IKS), industri kraf tangan, makanan tradisional, batik, barangan perak dan lain-lain.
  • Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat, mengurangkan masalah kemiskinan, pendapatan sampingan kepada rakyat.
  • Sistem pengangkutan dan infrastruktur turut berkembang maju, - dimajukan untuk menggalakkan industri pelancongan, - kemudahan untuk rakyat juga.
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia.
  • Mengurangkan masalah jenayah, setinggan kerana meningkatnya taraf hidup rakyat.
  • Mengeratkan hubungan diplomatik antara negara.
  • Mempromosikan negara di peringkat antarabangsa.


Comments

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Saya sukaa isi isi di atas ringkas dan padat!! Terima kasih 👍🏻

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts