BINA AYAT...!
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
TINGKATAN 4
SM.SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
a) Bina Ayat
i) berkuat kuasa - menguatkuasakan
ii) berputar belit - memutarbelitkan
iii) berlipat ganda - melipatgandakan
Contoh Jawapan:
i) berkuat kuasa : Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa serta-merta.
menguatkuasakan : Pihak sekolah akan menguatkuasakan peraturan baharu itu secepat mungkin.
ii) berputar belit : Keterangan yang dikemukan itu tidak diterima kerana faktanya berputar belit.
memutarbelitkan : Tertuduh itu sering memutarbelitkan cerita semasa disoal balas oleh pendakwa.
iii) berlipat ganda : Keuntungan daripada aktiviti haram itu berlipat ganda.
melipatgandakan : Pelajar diminta untuk melipatgandakan usaha kerana peperiksaan semakin hampir.
Batu _ batu
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteK
ReplyDelete