ESEI: PUNCA REMAJA MEROKOK...!
Pendahuluan:
- Keprihatinan banyak pihak tentang bahaya merokok mencetuskan pelbagai langkah untuk membendung gejala negatif ini daripada terus mempengaruhi para remaja.
- Sejauh mana keberkesanan dan kejayaan langkah yang dilaksanakan adalah bergantung kepada sejauh mana komitmen kita serta setinggi mana kesedaran para remaja tentang bahaya rokok kepada kesihatan mereka.
- Pelbagai punca atau faktor remaja terjebak dengan gejala merokok dan seterusnya gejala ketagihan merokok.
- Pengaruh daripada rakan sebaya.
- Perasaan bosan dengan beban tugas sebagai seorang pelajar.
- Naluri ingin tahu remaja menyebabkan mereka mencuba sesuatu yang ditegah.
- Rokok mudah didapati dan boleh dibeli walau hanya sebatang - murah.
- Penguatkuasaan terhadap peraturan penjualan yang lemah dan tidak menyeluruh.
- Remaja beranggapan bahawa mereka nampak lebih matang dan bergaya jika merokok.
- Pengaruh iklan di media massa.
- Latar belakang keluarga yang merokok.
- Pengaruh persekitaran dan masyarakat.
- Tidak ada kesedaran yang tinggi tentang kesan merokok yang membahayakan kesihatan.
- Rokok menjadi alat escapisme atau pelarian daripada masalah.
- Salah tanggapan bahawa merokok dapat menguruskan badan.
- Keruntuhan institusi keluarga.
- Meniru gaya personaliti atau artis pujaan.
- Kesimpulannya pelbagai punca yang mendorong remaja terlibat dengan gejala merokok.
- Semua pihak perlu memandang serius dan bahu-membahu dalam menangani gejala buruk ini.
- Paling penting remaja sewajarnya sedar akan keburukan merokok dan mempunyai matlamat yang jelas dalam meniti hari-hari yang mendatang.
Comments
Post a Comment