KATA HAMPIR SAMA...!

Ketika kita mengulang kaji subjek Bahasa Melayu, tidak kiralah sama ada bahagian esei mahupun tatabahasa, kekeliruan dari segi penggunaan kata iaitu fungsi dan maknanya sering menimbulkan masalah. Misalnya, terdapat banyak kata yang sangat hampir bunyi sebutan dan ejaannya, tetapi amat berbeza dari segi makna dan penggunaannya pula. Sila lihat contoh kata di bawah;-
- Pendalaman dan pedalaman
- Pendalaman bermaksud proses mendalamkan sesuatu, menggali atau mengorek lubang; contoh penggunaan dalam ayat -
b. Aktiviti pendalaman sungai oleh hakisan semakin berkurangan di peringkat dewasa dan tua.
- Pedalaman pula bermaksud kawasan atau lokasi yang berjauhan dari pusat bandar, juga disebut sebagai luar bandar, kampung, kawasan hulu dan lain-lain; contoh penggunaan dalam ayat -
b. Kerajaan akan melaksanakan dasar memajukan penduduk di kawasan pedalaman.
- Penempatan dan petempatan
- Penempatan bermaksud proses menempatkan sesuatu, perpindahan atau pemindahan; contoh penggunaan dalam ayat -
b. Penempatan haiwan liar di habitat asal akan memakan masa dan kos yang tinggi.
- Petempatan pula bermaksud kawasan, tempat atau lokasi yang didiami; contoh penggunaan dalam ayat -
b. Keperluan mendirikan petempatan baharu menimbulkan masalah kesesakan di bandar-bandar besar.
- Menjolok dan mencolok
- Menjolok bermaksud menyentuh sesuatu dengan menggunakan benda yang lurus seperti galah, jari dan sebagainya; contoh penggunaan dalam ayat -
b. Budak nakal itu menjolok mata kawannya dengan sebatang pensel.
- Mencolok pula bermaksud memalukan, perbuatan yang mengaibkan; contoh penggunaan dalam ayat-
b. Perlakuan muda-mudi yang berpeluk-pelukan di khalayak amat mencolok mata.
Kita sambung diskusi ini dalam kesempatan yang lain.
Comments
Post a Comment