ESEI: LANGKAH MENANGANI KEGAGALAN...!


PENDAHULUAN:-
  • Banyak orang beranggapan bahawa kegagalan merupakan malapetaka atau musibah yang mampu merencatkan segala perancangan pada masa depan. Kegagalan juga dianggap sebagai titik noktah akhir menghentikan perjuangan seterusnya memadamkan harapan dan cita-cita oleh sesetengah orang. Hakikatnya, seseorang itu tidak seharusnya cepat merasa kecewa apabila menempuh kegagalan, kerana jika mereka terus berusaha dan berusaha, sudah pasti mereka akan mencapai kejayaan suatu hari nanti.
  • Jika seseorang itu gagal juga setelah berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh, anggaplah kegagalan itu sebagai cabaran yang dapat mematangkan jiwa dan raga kita semua.
  • Kegagalan sememangnya amat memedihkan. Oleh hal yang demikian, perasaan bersalah merupakan refleksi yang wujud dalam diri mana-mana insan yang pernah menempuh kegagalan.
IDEA-IDEA PENTING:-
(Langkah menangani kegagalan)
  • Terimalah kegagalan itu dengan penuh rasa insaf. Jadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan cuba berusaha untuk membaiki kelemahan diri.
  • Seseorang yang menghadapi kegagalan mestilah berani untuk melupakannya. Membiarkan perasaan bersalah terus menguasai diri hanya menjadikan seseorang itu semakin longlai, dan tidak dapat berfikir secara positif.
  • Seseorang yang pernah gagal itu semestinya berusaha mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Langkah ini dapat meningkatkan tahap keimanannya yang akan memandunya dalam kehidupan seharian.
  • Mereka yang menghadapi kegagalan juga diharapkan lebih banyak meluangkan masa bersama dengan keluarga masing-masing. Mereka boleh berbincang tentang perancangan masa depan.
  • Melakukan aktiviti yang diminati seperti bersukan, beriadah dan lain-lain dapat membina keyakinan diri dan meredakan tekanan perasaan.
  • Menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku ilmiah, merujuk pakar dan membaca buku motivasi dapat memberikan pencerahan dan sokongan moral untuk mencapai kejayaan.
  • Mempunyai sikap terbuka dan sedia menerima pandangan dan pendapat orang lain.
  • Berusaha lebih gigih dan tawakal untuk mengejar kejayaan.
PENUTUP:-
  • Kegagalan merupakan lumrah dalam kehidupan. Banyak orang yang berjaya pada hari ini, sebenarnya telah pernah beribu-ribu kali menempuh kegagalan. Namun, jika kita terus berusaha tanpa jemu disertakan pula dengan berbekalkan ilmu serta kemahiran baharu, insya-Allah kita akan pasti mencapai kejayaan.


Comments

  1. mohon kongsi untuk latihan pelajar..terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts