CERPEN:MUTIARA BONDA...!
PLOT
PERMULAAN:-
- Bonda menerima surat daripada anak lelaki tunggalnya, adik yang menuntut di Jordan.
- Surat itu telah mengembalikan ingatan bonda ketika membesarkan adik (Mohd. Harraz), 10 tahun yang lalu.
PERKEMBANGAN:-
- Penulis menceritakan kenakalan dan kedegilan adik.
- Dia akan marah dan mengamuk jika permintaannya tidak dipenuhi.
- Adik tidak berminat untuk belajar. Ketika awal darjah 6, dia mahu berhenti sekolah.
- Keputusan adik itu telah menghancurkan harapan bonda yang mahukan adik menjadi seorang ustaz bagi menggantikan tempat arwah suaminya, Lebai Sidi.
KLIMAKS:-
- Pada suatu malam adik telah terlibat dalam suatu kemalangan.
- Dia mendapat kecederaan kerana motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta.
- Selepas peristiwa itu, adik telah insaf dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannnya semula.
PELERAIAN:-
- Adik melanjutkan pengajian di Universiti al-Bayt, Jordan.
- Dia akan pulang ke tanah air setelah tamat pengajiannya tiga bulan lagi.
- Hal ini amat membahagiakan bonda.
Comments
Post a Comment