MODUL G-CAKNA 2015...!
Pada kesempatan kali ini, Cikgu ingin mengajak para pelajar untuk sama-sama menjawab soalan Modul G-Cakna Akademik SPM yang disediakan oleh JPN Kelantan.
3(a)
- mencalit = memalitkan : Budak nakal itu mencalit cat pada dinding bangunan sekolah.
- mencanting = melukiskan lilin pada kain; Emak sedang mencanting kain batik.
- mengukir : Mengukir kayu merupakan pekerjaan sambilan orang tua itu.
- mencanai = mengasah : Tukang perak itu sedang mencanai batu permata.
- menebuk = membuat lubang : Ayah sedang menebuk lubang pada tiang itu.
- melorek = menggaris : Ali sedang melorek bahagian kayu itu supaya ukirannya nampak jelas.
3(b)
- Graduan perlu berkemahiran tinggi dan tidak boleh terus mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
- Adakah encik hendak pergi ke Ipoh walaupun banyak kerja di pejabat belum diselesaikan.
- Bapa baru pulang dari kebun lalu terus menuju ke meja makan.
Comments
Post a Comment