ESEI: PUNCA REMAJA TERJEBAK ....!
PENDAHULUAN:-
- Dadah merupakan bahan terlarang yang membawa ancaman kepada masyarakat terutamanya remaja.
- Penyalahgunaan dadah bukan perkara baharu di dunia ini.
- Masalah ini berlaku sejak ratusan lalu.
- Sebenarnya dadah merupakan bahan perubatan yang amat penting sebagai bahan penahan sakit dan digunakan secara meluas ketika proses pembedahan.
- Tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan.
- Masalah mula timbul apabila segelintir manusia menyalahgunakan dadah untuk tujuan keseronokan dan kepuasan diri sendiri.
- Antara jenis dadah adalah seperti heroin, marijuana, morfin, ganja, syabu dan lain-lain.
Pelbagai punca yang menyebabkan remaja terjebak dengan masalah dadah, antaranya:-
IDEA-IDEA PENTING:-
- Keinginan mencuba sesuatu perkara yang baharu - keinginan ini akan menjadi lebih parah apabila remaja itu bergaul dengan remaja yang rosak akhlak dan miskin akidah.
- Remaja cuba mencari kelainan dalam mendapatkan kepuasan dan keseronokan diri sendiri - mereka tidak memikirkan kesan dan akibat; yang penting mereka memperoleh kepuasan!
- Kurang kesedaran dalam diri menjadi punca utama remaja terjebak dengan penyalahgunaan dadah - remaja jenis ini kehilangan fokus dalam hidupnya, hidup seperti layang-layang terputus talinya.
- Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa dan ahli keluarga - ibu bapa kadang-kadang mengabaikan aspek ini kerana lebih mengutamakan tuntutan mencari nafkah dalam persekitaran yang semakin mencabar.
- Lompang ilmu agama dan kerohanian dalam diri para remaja kerana kegagalan ibu bapa menyebabkan remaja begitu mudah hanyut dan tersungkur dalam kancah penyalahgunaan dadah.
- Akibat kejahilan diri, sesetengah remaja mengambil dadah sebagai ubat 'booster' untuk berjaga malam, konon-kononnya untuk menelaah pelajaran.
- Remaja mengambil dadah sebagai alternatif untuk melupakan kesengsaraan dan rasa kecewa dalam mengharungi kehidupan. - mereka tersilap langkah kerana dadah bukannya cara penyelesaian tetapi satu langkah ke arah kemusnahan hakiki.
- Remaja terjebak dengan dadah juga mungkin disebabkan oleh faktor ingin melarikan diri daripada permasalahan.
- Ada juga remaja terjebak dengan dadah kerana tertipu oleh rakan taulan - mungkin juga terperangkap dengan ejen pengedar dadah.
- Pengaruh media massa - terdapat filem-filem yang secara terangan mempromosikan dadah kepada masyarakat, artis dan idola remaja mempamerkan contoh teladan yang negatif.
- Langkah pencegahan dan penguatkuasaan masih lemah dan tertinggal di belakang.
- Pengedaran dadah semakin sukar dibendung dengan wujudnya penjualan secara 'online' melalui Facebook, Twitter dan lain-lain.
PENUTUP:-
- Remaja ialah pewaris kepimpinan negara.
- Andaikata remaja yang bakal mewarisi kepimpinan negara merupakan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, maka akan hancur punah sebuah negara bangsa.
- Maka usah difikirkan lagi hasrat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berjaya.
- Jangan mimpi di siang hari.
macam bodoh
ReplyDeletechill
Deletekan
Deletetak
DeleteKau yg bodoh.dia dah bagi isi kau buat lah ayat sendiri takkan nye nak satu karangan kot meniru lah tu -_-
DeleteThank you..... IT'S very helpful... 🥰🥰
DeleteIt's very helpful...
ReplyDeletePt3 plase
ReplyDeletegood
ReplyDeleteHuraian bagi setiap contoh pendek but overall it's good.
ReplyDeleteGood
ReplyDeletebanyaknye isi
ReplyDeleteGood....siap yg kata bodoh tuuu dia sebenarnya bodo....dia bgi isi kau sambung jadi ayat...bukannya kau tiru dia 100%...bahlol betul la org tk faham nii
ReplyDeleteit's very helpful
ReplyDeleteDiam
ReplyDelete