MENEMUI / MENEMUKAN...!
Menemui dan menemukan merupakan kata kerja transitif (KKT) yang berasal dari kata dasar yang sama iaitu temu yang mengalami proses pengimbuhan imbuhan meN-i dan meN-kan.
Seperti yang kita maklum, setiap kata kerja transitif (KKT) mestilah diikuti dengan objek, tidak kiralah jenis objek itu sama ada objek konkrit mahupun objek abstrak.
- KKT ------------> OBJEK
- Emak menceritakan (KKT) pengalamannya (OBJEK) kepada saya.
- Ayah merindui (KKT) anaknya (OBJEK) yang berada di luar negara.
- Kakak memberikan (KKT) bantuan (OBJEK) yang banyak kepada orang itu.
- Emak menceritakan (KKT) tentang pengalamannya (OBJEK) kepada saya.
- Ayah merindui (KKT) akan anaknya (OBJEK) yang berada di luar negara.
- Kakak memberikan (KKT) banyak bantuan (OBJEK) kepada orang itu.
- KKT ----mesti diikuti OBJEK------ ; KKT-------------------> OBJEK
Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, menemui bermaksud melawat, mengunjungi, menziarahi manakala menemukan pula bermaksud menjumpai sesuatu, mendapatkan sesuatu.
Jadi cuba teliti ayat-ayat yang menggunakan kata 'menemui' dan 'menemukan' di bawah:-
- Ali telah menemui dompet wang di tepi jalan.
- Emak menemukan ayah di pejabatnya.
Sebenarnya ayat-ayat di atas BETUL dari segi penggunaan KKT yang mesti diikuti OBJEK iaitu dompet dan ayah tetapi SALAH dari segi makna.
- Manakan boleh Ali 'melawat' dompet?
- Manakan boleh emak menjumpai ayah di pejabat sedangkan tujuannya ke pejabat untuk bertemu ayah?
- Ali telah menemukan dompet wang di tepi jalan.
- Emak menemui ayah di pejabatnya.
Comments
Post a Comment