MENGESAN KESALAHAN BAHASA AYAT...!
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Gariskan kesalahan bahasa dan tulis pembetulannya di ruang yang disediakan.
- Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dengan bas mengambil masa lebih kurang lapan setengah jam.
- Kedua anaknya mendapat semua A+ dalam peperiksaan SPM dua tahun lalu.
- Berbagai barang dijual di pasar raya itu.
- Tiap-tiap warga negara wajib mempertahankan kedaulatan negara.
- Kerajaan terpaksa membelanjakan beratus ribu ringgit untuk membaiki jambatan itu.
- Satu per tiga daripada wang simpanannya didermakan kepada mangsa-mangsa banjir.
- "Beta tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa tuan hamba," kata Temenggung kepada Bendahara.
- Buku yang saya pinjam dari Ahmad sudah saya pulangkan kepadanya semula pada petang tadi.
- Ahmad tersinggung amat dengan sikap rakan-rakannya.
- Kalian mestilah datang di bilik saya pagi esok untuk mengambil lencana masing-masing.
Jawapan:-
- lapan jam setengah
- Kedua-dua orang
- Berbagai-bagai /Pelbagai
- warganegara
- beratus-ratus ribu ringgit
- Satu pertiga
- Beta > Hamba
- dari > daripada
- dengan > akan
- di bilik > ke bilik
Comments
Post a Comment