ESEI: CIRI PEMAKANAN BERKHASIAT...!
PENDAHULUAN:-
- Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat.
- Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah melalui pengambilan pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat.
IDEA-IDEA PENTING:-
(Ciri-ciri pemakanan berkhasiat)
- Makan pelbagai jenis makanan untuk memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan.
- Makan bijiran dan kekacang secukupnya.
- Melebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Menyeimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal seharian.
- Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Mengurangkan pengambilan gula dan garam dalam diet pemakanan harian.
- Perlu minum air kosong sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
- Mengurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan.
- Mengambil garam secara sederhana bagi mengelakkan penyakit darah tinggi.
- Makanan ringan dan yang diawet perlu dikurangkan pengambilannya.
- Elakkan makan malam pada atau selepas jam tujuh petang.
- Mengurangkan makan di luar kerana makanan yang dimasak di restoran dan lain-lain banyak mengandungi garam, gula, serbuk perisa dan campuran bahan kimia.
- Makan ikut keperluan, bukan makan ikut nafsu.
- Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
- Budaya berkunjung ke warung-warung pada tengah malam untuk menikmati roti canai, nasi lemak dan teh tarik hendaklah dihentikan.
- Masyarakat perlu digalakkan mengambil makanan yang segar dan ditanam secara organik.
PENUTUP:-
- Banyak faktor menyebabkan berlakunya pengabaian tentang pengambilan makanan yang berkhasiat.
- Antaranya tahap kesedaran masyarakat masih rendah.
- Faktor sosioekonomi juga boleh mempengaruhi cara pemakanan dalam kalangan masyarakat.
Comments
Post a Comment