ESEI: MENGEKALKAN BANGUNAN BERSEJARAH...!
PENDAHULUAN:-
- Bangunan bersejarah begitu banyak di Malaysia, terutamanya di Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.
- Walaupun masa telah berlalu, Malaysia masih mampu mengekalkan bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul.
- Di Kuala Lumpur, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara.
- Banyak usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan bangunan bersejarah terus kekal berdiri megah mendepani arus pembangunan.
IDEA-IDEA PENTING:-
(Kaedah-kaedah mengekalkan)
- Kerajaan mewartakan bangunan bersejarah sebagai warisan kebangsaan yang perlu dipelihara.
- Kerajaan mengambil inisiatif melakukan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
- Mengindahkan kawasan persekitaran dengan landskap yang menarik.
- Menaik taraf bangunan tanpa merosakkan identiti asal bangunan bersejarah.
- Menjadikan bangunan bersejarah sebagai destinasi pelancongan dengan menyediakan prasarana yang serba lengkap.
- Keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan bangunan bersejarah.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bangunan bersejarah kepada negara.
- Melantik petugas-petugas khas bergaji yang menjaga keselamatan dan pemulihan bangunan bersejarah.
- Kerajaan melalui kementerian yang bertanggungjawab menyediakan peruntukan untuk kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
- NGO dan badan swasta sama-sama menyumbangkan dana untuk memastikan bangunan bersejarah terus tersergam megah di bumi Malaysia.
- Para pelancong yang berkunjung diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan bangunan bersejarah.
- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan meningkatkan promosi agar bangunan bersejarah menjadi aset industri pelancongan yang bernilai tinggi.
PENUTUP:-
- Semua pihak wajar memberikan kerjasama yang erat dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar terus kekal dan berpanjangan.
- Budaya silam ialah cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa.
Comments
Post a Comment