BICARA GURU MUSIM COVID-19...!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
          Perkhabaran berita yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyidin, Perdana Menteri kita semalam mendatangkan kesan yang amat besar kepada warga sekolah sekalian. Pelanjutan tempoh PKP sehingga 28 April, 2020 ini secara langsung akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran pelajar-guru di sekolah-sekolah di seluruh negara. Terkesan benar kita bala yang dibawa oleh COVID-19 ini. Moga-moga musibah ini dapat ditangani dengan segera.

          Sebagai pelajar yang hebat, pelajar Faris Petra insya-Allah akan dapat terus bersungguh-sungguh meneruskan proses pembelajaran mereka seperti biasa cuma dalam situasi yang berbeza. Pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas dan di bilik kuliah terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Sebagai galang gantinya, semua pelajar disarankan agar menggunakan segala medium media sosial yang ada untuk dijadikan sebagai wahana dalam pembelajaran ketika PKP ini.

          Walaupun tidak bersemuka dengan guru secara biasa, kita masih boleh bersua di alam maya melalui pelbagai platform seperti Blog, WhatApps, Telegram, Google Classroom, Zoom Meeting Cloud dan sebagainya bagi meneruskan tugas kita sebagai seorang pelajar dan pendidik, pelajar-pelajar mestilah jujur dan lebih bertanggungjawab kerana pembelajaran sebegini kejayaannya seratus peratus bergantung kepada kesediaan pelajar untuk belajar. 

          Selamat menempuh musim pembelajaran serba baharu semoga anda beroleh manfaat yang banyak.

Sekian.












Good luck

Comments

Popular Posts