ESEI: TUGASAN KE-8 F3...!
Surat Kiriman Rasmi
- Bersifat formal dan tiada kaitan dengan urusan peribadi.
- Antara contoh surat rasmi ialah:-
1. Surat bantahan
2. Surat rayuan
3. Surat permohonan
4. Surat aduan
5. Surat undangan
6. Surat perniagaan
Gunakan
laras bahasa surat
rasmi dan jangan gunakan bahasa yang berbunga-bunga @ bombastik.
……………………………………………………………………………………………………………
Tajuk / soalan:
1. Kelab Video dan Fotografi SM. Sains
Tengku Muhammad Faris Petra telah merancang untuk mengadakan program lawatan
sambil belajar ke negeri Perak dan Selangor pada bulan Mei 2020. Sebagai
setiausaha, anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Pengetua untuk memohon kebenaran
beliau dengan menjelaskan objektif lawatan tersebut. Tulislah surat itu selengkapnya.
Rangka karangan:-
- Pengenalan tentang kelab anda
- Nyatakan kenapa kelab anda memilih negeri Perak dan Selangor
- Nyatakan sekurang-kurang 3 objektif lawatan tersebut dengan penerangan yang lengkap
- Nyatakan permohonan anda
- Nyatakan terima kasih dan harapan kelab anda
Buat karangan anda ini di atas kertas kajang dan panjangnya hendaklah melebihi 180 patah kata.
Comments
Post a Comment