NOVEL PRPK: KESAN PERASAAN...!

PANTAI KASIH : Peristiwa Saspens
Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang memberi kesan terhadap perasaan anda.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberi kesan terhadap perasaan saya apabila membaca novel ini.

Peristiwa yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa seorang ibu yang tetap mempertahankan hak untuk meneruskan kandungan daripada digugurkan. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Dr Raiha tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan kandungan walaupun telah diminta oleh suaminya supaya menggugurkan kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana dia amat menyayangi anak yang dikandung itu walaupun tahu akan dilahirkan dalam keadaan cacat. Peristiwa ini memberi kesan kepada saya iaitu saya kagum melihat kesungguhan seorang ibu yang sanggup tidak mempedulikan permintaaan suami demi melihat anak yang dikandung itu dapat dilahirkan

Peristiwa lain yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa seorang doktor menerima tanggungjawab untuk merawat pesakit. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Dr Raiha sanggup menerima tugasan daripada Dr Uwang supaya melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron yang telah mengalami infeksi akibat pembedahan terdahulu walaupun tugasan itu telah diterima pada saat akhir. Peristiwa ini memberi kesan kepada saya iaitu saya bangga dengan seorang doktor yang sanggup menerima tugasan pada saat akhir dan yang berisiko kerana ingin memastikan pesakitnya sembuh semula.
Dipetik daripada Blog Cikgu Azaman

Tugasan Pelajar ke-3 F4:-
Baca jawapan novel tentang peristiwa-peristiwa di atas yang memberikan kesan perasaan kepada anda, senaraikan DUA lagi peristiwa yang terdapat dalam novel PRPK. Kemudian, nyatakan pernyataanm dan diikuti dengan peristiwanya..

Comments

Popular Posts