JAWAPAN DAN ULASAN TUGASAN KE-7, F3...!
Salam sejahtera dan selamat berjumpa kembali,
Di bawah ini cikgu sertakan 10 jawapan bagi tugasan yang ke-7. Cikgu masih dapati banyak pelajar yang tidak dapat menjawab dengan tepat kerana faktor cuai dan faktor lemah penguasaan dalam tatabahasa serta kosa kata.
Jawapan:-
1. D
2. C
3. B
4. D
5. B
6. D
7. A
8. B
9. C
10. B
Komen cikgu
Soalan 1:
Kebanyakan pelajar menjawab A dan B. Kata sendi 'kerana' boleh berada di permulaan ayat, cuba lihat contoh ayat-ayat di bawah;
Ada juga pelajar yang memilih B untuk soalan tersebut. Saya pun tak faham kenapa?
Soalan 2:
Jawapan untuk soalan ini ialah C kerana setelah penggunaan imbuhan ter- pada kata tinggi sudah membawa maksud paling dan tidak perlu lagi menambahkan kata penguat sekali selepasnya.
Soalan 3:
Jawapan B itu sepatutnya 'mentah-mentah', baru betul.
Soalan 4:
Perkataan 'memperkasakan' betul penggunaannya. Kata dasarnya ialah perkasa yang diberikan imbuhan apitan mem- dan -kan.
Soalan 5:
Kenapa jawapan B salah? Disebabkan kata nama 'bunga-bunga' sudah digandakan, maka kata adjektif cantik tidak perlu digandakan lagi kerana masing-masing telah membawa maksud jamak atau banyak.
Soalan 7:
Untuk menafikan kata adjektif 'betul', kita sepatutnya menggunakan kata nafi 'tidak'.
Soalan 8:
Kata sendi yang paling sesuai digunakan selepas kata adjektif emotif atau perasaan ialah 'akan'.
Soalan 9:
Dipandang luas X sepatutnya dipandang 'tinggi'.
Soalan 10:
Ejaan kata gaman sepatutnya 'gamam'.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila muatkan dalam ruangan 'komen' di bawah.

- Kerana lapar, adik saya menangis.
- Kerana lewat ke sekolah, dia dimarahi gurunya.

Assalamualaikum , cikgu.
ReplyDeleteSaya nk tanya berkenaan bahagian penulisan yang terhad.
Apakah jenis-jenis atau contoh-contoh perkataan yang dikira sebagai satu perkataan sahaja?
Mohon pencerahan cikgu.
Terima kasih.
Salam,untuk sebarang karangan kita perlu tahu yang mana frasa kata yang dikira satu atau sebaliknya. Frasa kata yg dikira sebagai satu(1) ialah kata nama khas, kata ganda, peribahasa, tarikh, tahun. Yang lain2 dikira satu persatu seperti kata majmuk, penanda wacana, kata sendi dll.
ReplyDelete