BASI...!
Kuih lompat tikam, emmm.... lazat
Pilih pasangan ayat yang betul.
17.
- I Dia menghabiskan makanan itu tanpa meninggalkan basi.
- II Pelajar-pelajar itu keracunan makanan kerana termakan nasi basi.
- III Berita tentang perkahwinan Siti dengan Datuk K sudah basi.
- IV Doa orang yang tidak beriman biasanya basi.
A I dan II B III dan IV C I, II dan IV D II, III dan IV
(Soalan Penggal I SMS Tengku Muhammad Faris Petra)
JAWAPAN:
Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat 133, kata basi membawa maksud:
- sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi (makanan)
- tidak baharu / sudah lama (berita / khabar)
- tidak mustajab / tidak mujarab
- lebihan (baki) khusus untuk wang
Berdasarkan soalan 17 di atas, ayat I, SALAH kerana kata basi sepatutnya digantikan dengan baki. Walaupun maksud basi yang ke-4 ialah lebihan, namun hanya khusus untuk wang sahaja. Sementara ayat II – IV, penggunaan kata basi dalam ayat tersebut adalah BETUL berdasarkan makna dan penggunaannya.
JAWAPAN yang paling sesuai untuk soalan 17 di atas ialah D iaitu II, III dan IV
Comments
Post a Comment