JOM BEDAH MAYAT...!

PENGENALAN KEPADA FORENSIK
Dalam kepesatan dunia membangun sama ada dari segi pembangunan,ekonomi dan teknologi, masalah sosial juga turut meningkat disebabkan tiadanya keseimbangan antara kemajuan jasmani dengan rohani. Perkara tersebut telah digambarkan oleh Allah Taala dalam al-Quran yang menegaskan bahawa puncanya adalah perbuatan buruk daripada manusia itu sendiri.
Firman Allah s.w.t:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan”
(Ar-Rum:41)

            Sebagai agama yang mampu menjadi penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul, Islam telah menetapkan kanun dan undang-undang yang berkaitan dengan masalah jenayah, untuk menjadi panduan para hakim dan pemerintah dalam menjatuhkan hukuman kepada penjenayah yang melakukan kesalahan. Undang-undang jenayah Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu qisas, hudud dan ta’zir yang akan di jatuhkan apabila cukup bukti dan dalil untuk mensabitkan kesalahan kepada penjenayah.

            Masalah yang timbul ialah apabila penjenayah yang melakukan kesalahan tidak diketahui atau kekurangan bukti untuk mensabitkan kesalahan kepada penjenyah. Dalam kes sebeginilah, maka kepakaran dalam bidang forensik diperlukan untuk mengkaji kes-kes jenayah dan mencari bukti bagi mensabitkan kesalahan ke atas mana-mana individu yang bersalah. Langkah ini adalah amat penting untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup manusia di muka bumi ini. Sebagaimana yang sudah di maklumi oleh semua, bahawa Islam mengiktiraf keahlian dan kepakaran seseorang dalam bidang masing-masing untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

Firman Allah s.w.t:
Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu Adz-dzikr(orang yang mengetahui) jika kamu tidak
mengetahui
(Al-anbiya’:7)

            Forensik merupakan bidang yang dikaitkan dengan bidang perundangan dan penting dalam kerja – kerja siasatan dan ini digunakan bagi membantu pengumpulan bahan bukti dalam menyelesaikan kes – kes yang berkaitan. Dengan dibantu beberapa alatan yang canggih dan sesuai, bahan bukti dapat dikesan hasil daripada kesilapan yang dibuat oleh penjenayah atau suspek yang terlibat dalam kes tersebut. Mereka juga akan dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah dengan seberapa segera. 

            Menurut Charlie Fuller, jenayah itu terbahagi kepada beberapa bentuk yang berbeza, iaitu daripada kecurian di kedai runcit sehinggalah kepada pembunuhan kejam. Oleh hal yang demikian, menurut beliau lagi, sains boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan setiap kes yang timbul. Ini bermaksud, setiap pelaku jenayah akan meninggalkan jejak dan tugas seseorang forensik itu adalah mencari jejak yang ditinggalkan oleh penjenayah tersebut di tempat kejadian. Bahan bukti yang biasa ditemukan ialah seperti senjata yang digunakan, cap jari, peluru yang digunakan, tapak kasut, rambut, sedikit darah, cakaran pada mangsa, debu dan kotoran serta cebisan pakaian mangsa. Oleh hal itu, tugas pakar Sains forensik mencari, mengenal pasti dan menganalisis jejak serta mendapatkan bukti untuk dibawa ke muka pengadilan.    

Kes-kes yang penting seperti pembunuhan, rogol dan keganasan melampau amat memerlukan bukti dari segi saintifik. Bagi kes seperti itu, hanya mereka yang pakar akan dipanggil ke mahkamah untuk memberikan penjelasan bagi mengesahkan lagi bukti yang didedahkan. Pada awal dekad ini, bidang Sains forensik telah bercambah kepada beberapa lagi disiplin pengkhususan yang spesifik. Mereka dikenali sebagai penyiasat perubatan yang pakar dalam bidang Ballistics, toxicology, serology dan lain – lain lagi.     

Terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti sebagai pakar sains forensik. Jika, salah satu daripada peraturan tersebut diabaikan, kemungkinan penyiasatan akan menghadapi  masalah dan tidak dapat membawa kepada penemuan penjenayah yang sebenar.

BIDANG TUGAS DOKTOR FORENSIK (PATOLOGI)

            Mayat-mayat mangsa yang terlibat dalam kes jenayah kejam seperti bunuh, rogol dan bunuh akan dihantar ke unit patologi di hospital untuk dijalankan bedah siasat ke atas mayat tersebut bagi mengetahui punca kematian.

            Doktor akan menjalankan pemeriksaan luaran bagi memastikan mangsa jenayah betul-betul sudah meninggal dunia. Doktor patologi akan menjalankan pemeriksaan mayat untuk mengetahui punca yang menyebabkan mangsa meninggal serta waktu yang mangsa tersebut meninggal dunia. Pemeriksaan mayat dibuat dengan cara membelah mayat mangsa. Menurut Charlie Fuller lagi, pegawai penyiasat pertama yang sampai di tempat kejadian mestilah mencatatkan suhu badan mayat dan memaklumkan maklumat tersebut kepada doktor Patologi bagi tindakan selanjutnya. Pemeriksaan mayat atau dalam bahasa saintifiknya di panggil autopsy ini amat penting bagi mendapatkan klu sekiranya mayat mangsa jenayah tidak diketahui identitinya.

Dalam bidang Sains Perubatan yang luas, terdapat satu cabang ilmu yang dinamakan forensik. Bidang ini membincangkan prosedur dan langkah-langkah yang diambil untuk mencari bukti-bukti dalam kes-kes jenayah. Apabila pakar-pakar yang terlibat dalam bidang forensik ini mendapat bukti yang kukuh dalam kajian mereka, bukti-bukti inilah yang dibawa ke mahkamah untuk mensabitkan kesalahan kepada individu yang tertuduh.

Tugas seorang yang terlibat dengan bidang forensik atau dikenali sebagai pakar bedah mayat di anggap satu tugas yang membosankan kerana ruang lingkup pekerjaannya banyak terlibat dengan mayat. Malah, suatu masa dahulu, tugas ini dipandang sebagai satu tugas di luar etika budaya dan kemanusiaan, terpaksa membedah mayat orang yang sudah mati malahan ada yang mengatakan satu tugas yang kejam. Sebenarnya tanpa disedari, di sebalik anggapan yang pelbagai itu, tugas pakar ini sangat penting dalam kes yang melibatkan kes kemalangan, pembunuhan, rogol, bakar, liwat, rentung dan bermacam-macam kes lagi-umpama mencari bukti tanpa perlu bertanya kepada si mangsa. Persoalan mengenai satu-satu kes kematian perlu diselesaikan supaya memudahkan urusan banyak pihak termasuklah pihak polis dan keluarga mangsa.

Tugas asas sebagai seorang pegawai perubatan unit forensik ialah menjalankan bedah siasat, khususnya kes-kes biasa seperti kemalangan jalan raya, kematian mengejut yang normal, bunuh diri dan lemas. Manakala tugas seorang pakar forensik menjurus kepada kes yang lebih berat seperti kes bunuh, komplikasi, mati dalam tahanan, mengandung dan mayat reput. Bedah siasat hanya boleh dijalankan setelah mendapat arahan daripada pihak polis. Jika ahli keluarga dan waris tidak mengizinkan proses bedah siasat di jalankan, maka waris perlu mendapatkan perintah majistret dan menarik balik arahan yang dikeluarkan oleh pihak polis. Jabatan forensik hanya akan menerima arahan untuk membedah selepas mendapat izin daripada ahli keluarga.

Jika sesuatu kes melibatkan kes bunuh, pakar forensik dikehendaki pergi ke mahkamah untuk memberikan keterangan. Adakalanya terpaksa pergi ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan kes yang berlaku. Pihak polis sendiri tidak akan menyentuh atau mengubah kedudukan mayat selagi pakar forensik belum selesai melakukan pemeriksaan untuk mengelakkan bukti yang penting daripada terhapus.

Terdapat beberapa perkara yang bersangkutan dengan bidang forensik diterangkan secara ringkas iaitu ;

2.1       Diagnosis Kematian Dan Perubahan Mayat
Memastikan kematian merupakan suatu perkara yang penting bagi doktor yang terlibat untuk mengelakkan berlakunya penanaman manusia yang hidup ke dalam kubur (premature burial) dan penyimpanan tubuh manusia yang hidup di dalam peti sejuk penyimpan mayat. Antara langkah yang biasa diambil oleh doktor ialah:
  1. Fungsi jantung dan pernafasan berhenti secara kekal (permanent stoppage)
  2. Memeriksa tanda-tanda mati otak
  3. Primary flaccidity
  4. Contact flattening
  5. Tanda pada mata
  6. Perubahan kulit
  7. Penurunan suhu badan
  8. Hypostasis (Lebam mayat)
  9. Rigor mortis (kekerasan otot selepas mati)
  10. Putrefaction/2ry flaccidity

Comments

Popular Posts