KONTEMPORARI...!
Contoh penggunaan kata kontemporari
Perkataan ini sering benar digunakan sekarang. Bunyinya pun agak hebat dan menarik. Tapi sayang, kadang-kadang penggunaannya tidak beberapa sesuai dan tepat.
Berdasarkan kamus Dewan Edisi ke-4, kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau masa kini. Lihat penggunaan di bawah:-
- fesyen kontemporari > fesyen masa kini
- hiasan yang kontemporari > hiasan yang terkini
- sajak kontemporari > sajak alaf baru / zaman ini
- pensyair kontemporari > pensyair baharu
Comments
Post a Comment