KESALAHAN TATABAHASA...!

BAHASA MELAYU SPM
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
ASPEK KESALAHAN TATABAHASA
Dalam  setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan itu dan sila buat pembetulan.
  1. Oleh kerana begitu lama bekerja sebagai editor, ianya mempunyai banyak pengalaman dalam hal karang-mengarang.
  2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahi akan hukum tatabahasa.
  3. Budak yang mencuri duit itu menegaskan yang dia tidak pernah menerima didikan agama dari kedua orang tuanya.
  4. Banyak pepohon yang rendang ditanam di kiri kanan lebuhraya itu.
  5. Jimat-cermat adalah merupakan sikap yang patut diamalkan oleh kita sejak dari bangku sekolah lagi.
  6. Kerajaan mensasarkan tentang keuntungan melalui projek mega itu adalah sebanyak RM200 bilion.
  7. Perbuatan saling tolong-menolong di dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak baik amatlah ditegah.
  8. Juruterbang-juruterbang MAS dan AirAsia sedang menjalani kursus lanjutan di Perdana Hotel.
  9. Jawapan yang dikemukakan itu adalah merujuk buku teks dan nota guru.
  10. Persatuan bekas-bekas pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan mengadakan program ‘Kembali Berbakti’ pada minggu hadapan.
  11. Majlis pelancaran, pelantikan jawatankuasa, dan perletakan batu asas oleh tetamu jemputan berjalan lancar.
ANALISIS JAWAPAN:-
  1. Kesalahan kata sendi: oleh kerana > oleh sebab/Kerana, kesalahan kata ganti diri: ianya > ia /dia, kesalahan kata kerja transitif: mempunyai banyak pengalaman > banyak mempunyai pengalaman
  2. Kesalahan kata bilangan: setiap pelajar-pelajar > setiap pelajar, kesalahan kata kerja: menyalahi akan hukum > menyalahi hukum
  3. Kesalahan kata kerja transitif: menegaskan yang > menegaskan bahawa, kesalahan kata sendi: dari > daripada, kesalahan kata bilangan: kedua orang > kedua-dua orang
  4. Kesalahan kata ganda: Banyak pepohon > Banyak pohon / Pohon-pohon, kesalahan kata sendi: di kiri kanan > di kiri dan di kanan, kesalahan kata majmuk: lebuhraya > lebuh raya
  5. Kesalahan kata setara: Jimat-cermat > Jimat cermat, kesalahan kata pemeri: adalah merupakan > merupakan, kesalahan ayat pasif diri ke-3: diamalkan oleh kita > kita amalkan, kesalahan kata sendi: sejak dari > sejak
  6. Kesalahan imbuhan: mensasarkan > menyasarkan, kesalahan kata kerja transitif: menyasarkan tentang keuntungan > menyasarkan keuntungan
  7. Kesalahan kata ganda: saling tolong-menolong > saling menolong, kesalahan kata sendi: di dalam melakukan > dalam melakukan
  8. Kesalahan hukum DM: Perdana Hotel > Hotel Perdana
  9. Kesalahan kata pemeri: adalah merujuk > merujuk
  10. Kesalahan kata ganda: Persatuan bekas-bekas > Persatuan bekas
  11. Kesalahan imbuhan: perletakan > peletakan

Comments

Popular Posts