JAWAPAN RINGKASAN PMR 2013...!
Bahagian A(i) - Ringkasan
Soalan 'Ringkasan' untuk tahun ini meminta calon-calon membuat ringkasan tentang usaha-usaha memajukan industri pelancongan. Seperti biasa calon dikehendaki menulis ringkasan ini tidak melebihi 80 patah kata.
Melalui petikan yang berkaitan ( seperti di atas ), cikgu senaraikan isi berdasarkan kehendak soalan iaitu usaha-usaha memajukan industri pelancongan di bawah ini.
- Kerajaan perlu membuat penambahbaikan infrastruktur di kawasan-kawasan yang menjadi destinasi pelancongan.
- Penduduk yang tinggal di kawasan tumpuan pelancongan pula wajar diberi khidmat nasihat.
- Rakyat harus berusaha dengan giat untuk menghasilkan produk tempatan.
- Kawasan hutan yang tertentu telah diwartakan sebagai hutan simpanan negara untuk dijadikan destinasi pelancongan yang popular.
- Media massa hendaklah memainkan peranan dengan mempromosikan kelebihan destinasi pelancongan di Malaysia ke seluruh dunia.
- Karnival pelancongan perlu dianjurkan dari semasa ke semasa.
- Rakyat perlu mempamerkan imej yang baik dengan sentiasa bersikap ramah terhadap para pelancong.
- Rakyat haruslah menjaga kebersihan persekitaran agar negara sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong.
Comments
Post a Comment