PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 8 April 2018

AYAT INTI / POLA AYAT...!

Ayat inti, ayat mudah, ayat dasar, ataupun ayat tunggal merupakan perkara yang sama. Ayat yang dimaksudkan ini mempunyai SATU subjek dan SATU predikat. Daripada ayat ini jugalah kita dapat menentukan pola ayatnya.
Lihat contoh ayat inti di bawah:-
  1. Saya / seorang guru.
  2. Sekolah itu / sekolah baharu.
  3. Ibu negeri Kelantan / ialah Kota Bharu.
  4. Komputer / digunakan untuk memudahkan setiap urusan.
  5. SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra / terletak di Pengkalan Chepa.
  6. Dewan Parlimen / telah dibubarkan.
  7. Buku ini / daripada abang saya
  8. Bunga itu / sangat cantik.
Pola ayat pula terbahagi kepada EMPAT jenis, iaitu:-
  • FN + FN
  • FN + FSN
  • FN + FA
  • FN + FK
Berdasarkan ayat-ayat di atas, bermula dengan 'Saya seorang guru.' hingga ke 'Buku ini daripada abang saya.' boleh dikenal pasti polanya iaitu:-
  1. FN + FN
  2. FN + FN
  3. FN + FN
  4. FN + FK
  5. FN + FK
  6. FN + FK
  7. FN + FSN
  8. FN + FA
* FN - frasa nama, FSN - frasa sendi nama, FA - frasa adjektif, FK - frasa kerja

Sunday, 11 March 2018

IMBUHAN MENGE-, PENGE-

Image result for imbuhan
Imbuhan menge- dan penge- agak istimewa penggunaannya. Kedua-dua imbuhan ini diguna pakai apabila diimbuhkan kepada perkataan-perkataan yang terdiri daripada SATU SUKU KATA. Sila lihat contoh penggunaannya di bawah:-
  • pos > mengepos / pengepos
  • cat > mengecat / pengecat
  • cas > mengecas / pengecas
  • lap > mengelap / pengelap
  • pam > mengepam / pengepam
  • cam > mengecam / pengecam
  • mop > mengemop / pengemop
  • had > mengehad / pengehad
  • sah > mengesah / pengesah
  • kod > mengekod / pengekod
  • bom > mengebom / pengebom

Wednesday, 21 February 2018

KESALAHAN PENGIMBUHAN...!

Kita kadang-kadang menemukan kesalahan dalam penggunaan imbuhan ketika membaca buku mahupun menonton televisyen. Antara contoh kesalahan penggunaan imbuhan ialah:-
  • mengkebumikan sepatutnya (>) mengebumikan
  • mempastikan > memastikan
  • perlaksanaan > pelaksanaan
  • berkerjasama > bekerjasama
  • bekerjaya > berkerjaya
  • mengembirakan > menggembirakan
  • perlantikan > pelantikan
  • mensasarkan > menyasarkan
  • mewar-warkan > menguar-nguarkan
  • mengujudkan > mewujudkan
  • merubah > mengubah / merobah
  • memperolehi > memperoleh
  • pertempatan > petempatan
  • mensyorkan > mengesyorkan
  • kebanyakkan > kebanyakan
  • ke 15 > ke-15
  • mengketengahkan > mengetengahkan
  • mengabungjalinkan > menggabungjalinkan
  • mengemblengkan > menggemblengkan
  • memerkasakan > memperkasakan
  • beserta > berserta

Friday, 9 February 2018

MENGAJAR, MENGAJARI, MENGAJARKAN...!

Image result for mengajar png
Perkataan mengajar, mengajari dan mengajarkan ialah kata kerja transitif. Hal ini demikian, apabila kita menggunakan kata kerja transitif tersebut, semestinya diikuti dengan objek, sama ada objek manusia mahupun benda.
  • meN- .......-I + objek (siapa)
  • meN- .......-kan + objek (apa)
Perhatikan penggunaan yang berbeza berkenaan imbuhan apitan di atas;-
  1. Saya mengajari pelajar itu mata pelajaran Bahasa Melayu. (siapa - objek manusia)
  2. Saya mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar itu.(apa - objek benda)
  3. Saya mengajar pelajar itu mata pelajaran Bahasa Melayu.
Ayat menjadi tidak gramatis jika ayat ditulis begini;-
  1. Saya mengajari mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar itu.
  2. Saya mengajarkan pelajar itu mata pelajaran Bahasa Melayu.
  3. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar itu.
Perkataan mengajar pula sebenarnya adalah  daripada perkataan mengajari, jadi kedua-duanya boleh bertukar ganti.

Wednesday, 7 February 2018

TUGASAN 4 ALPHA: AKTIF KEPADA PASIF...!











Baca ayat-ayat di bawah dengan teliiti, kemudian tukar ayat-ayat aktif tersebut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
  1. Ali sedang melakukan kerja baik pulih motorbot yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
  2. Saya masih melatih pasukan hoki sekolah walaupun sudah berusia 57 tahun.
  3. Awak sepatutnya menyiapkan tugasan sekolah itu lebih awal.
  4. Guru Kaunselor itu sedang menyampaikan taklimat tentang permohonan biasiswa dan bantuan murid miskin.
  5. Kenaikan harga barang telah menjejaskan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah kerana kuasa membeli mereka semakin rendah.
  6. Kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk memiliki rumah yang selesa mengikut kemampuan masing-masing.
JAWAPANNYA:

Sunday, 28 January 2018

LATIHAN HARI INI...!

Pelajar 3 Alpha dan 3 Gamma:

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian betulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat tersebut.
  1. Kakak saya akan menyertai sebuah pertandingan mengarang anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada minggu depan.
  2. Selain daripada menjadi ejen insurans, Aliya juga merupakan seorang peniaga kuih tradisional.
  3. Ahli mesyuarat sedang membahaskan tentang isu pemilikan saham oleh peserta bukan warganegara.
  4. Mesyuarat guru-guru kali ke-2 akan diadakan pada petang ini di Bilik Gerakan.
  5. Kerja-kerja mengemaskan bilik tamu saya akan lakukan selepas ini.
  6. Begitu besar sekali pengorbanan kedua-dua orang ibu bapa sehingga kepentingan sendiri diketepikan.
  7. Kita mestilah saling bantu-membantu ketika melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan.
  8. Masa untuk pelajar menjawab soalan adalah selama satu setengah jam sahaja.
  9. Kad jemputan perkahwinan bekas pelajar saya itu saya letakkan di atas meja.
  10. Buku 'Himpunan Hadis-Hadis Sahih' itu saya beli di Syarikat Muda Osman.
JAWAPAN:-
  1. sebuah pertandingan > satu pertandingan
  2. Selain daripada menjadi > Selain menjadi
  3. membahaskan tentang isu > membahaskan isu
  4. Mesyuarat guru-guru > Mesyuarat guru
  5. saya akan lakukan > akan saya lakukan
  6. Begitu besar sekali > Begitu besar @ Besar sekali
  7. saling bantu-membantu > saling membantu @ bantu-membantu
  8. satu setengah jam > satu jam setengah
  9. Kad jemputan > Kad undangan
  10. Himpunan Hadis-Hadis Sahih > Himpunan Hadis Sahih

Wednesday, 17 January 2018

KANDUNGAN SOALAN PT3...!

Image result for pt3 2018

Soalan Bahasa Melayu PT3 mengandungi EMPAT bahagian, iaitu...
  • BAHAGIAN A: SISTEM BAHASA
  1. Kesalahan bahasa
  2. Kesalahan ejaan
  3. Sintaksis
  4. Peribahasa
  • BAHAGIAN B: PEMAHAMAN TEKS
  1. Petikan puisi
  2. Petikan prosa
  3. Novel
  • BAHAGIAN C: PEMINDAHAN MAKLUMAT
  1. Ulasan
  • BAHAGIAN D: PENULISAN KARANGAN
  1. Karangan

PROMOSI III