INTIHANYA, TUNTASNYA, KESIMPULANNYA @ IRONINYA...!
Biasa tak terjumpa perkataan 'intihanya', 'tuntasnya', 'kesimpulannya' dan yang agak barunya pula perkataan 'ironinya' dalam perenggan penutup karangan?
Contoh penggunaan kata ironinya dalam perenggan penutup:-
- Ironinya, langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan akan membantu industri pertanian berkembang dengan lebih pesat.
- Ironinya, semua pihak perlulah bekerjasama dengan lebih jitu untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah dalam masyarakat kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Ayat contoh penggunaan 'ironinya' yang BETUL:-
- Ironinya, jika Dasar Ekonomi Baharu mahu dihapuskan, maka masalah jurang perbezaan ekonomi antara kaum di negara kita semakin meluas.
- Ironinya, jika masalah Covid 19 tidak dapat diatasi dengan segera, maka penularan gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin membuak.
Comments
Post a Comment