MAHA KARYA @ MAHAKARYA....!

maha hebat? 
Ketika penulis membawa team hoki Faris ke Vietnam....

Bercerita tentang 'maha' ini, teringat kita pada kebesaran Allah. Maka kita akan terbayang akan Allah yang maha kaya, Allah maha adil, Allah maha besar, Allah maha penyayang, Allah maha pencipta dan sebagainya. Bagaimanakah pula dengan kata maharaja, mahakarya, mahameru, mahaguru dan seumpamanya. Di sini telah timbul dua versi penggunaan imbuhan pinjaman 'maha'. Satu yang dieja jauh, dan satu lagi dieja dekat atau yang dirapatkan.
Sebenarnya imbuhan pinjaman 'maha' yang bermaksud paling atau tertinggi, memang dieja menggunakan DUA versi. Di bawah ini akan dijelaskan secara terperinci.

1. DIEJA RAPAT 
  • Selaras dengan penggunaan imbuhan-imbuhan yang lain, iaitu imbuhan dan kata dasarnya dieja rapat.
  • 'Maha' dieja rapat apabila digunakan dengan kata dasar jenis 'kata nama' seperti;-
            a. raja > maharaja (raja besar)
            b. karya > mahakarya (karya agung)
            c. duta > mahaduta (duta besar)
            d. meru > mahameru (gunung besar tempat tinggal dewa-dewa)
            e. guru > mahaguru (guru yang hebat)

2. DIEJA JAUH/TERPISAH
  • Imbuhan 'maha' akan dieja terpisah apabila digunakan bersama dengan 'kata adjektif' seperti;-
            a. besar > maha besar
            b. adil > maha adil
            c. agung > maha agung
            d. bijaksana > maha bijaksana
            e. perkasa > maha perkasa


Comments

Popular Posts