CARA MEMBILANG PATAH KATA...!

empat ke tiga?

Masih ramai @ banyak lagi pelajar yang tidak tahu cara membilang patah perkataan dalam penulisan karangan. Mengikut format baharu pula, pelajar-pelajar atau calon SPM mesti menulis sesebuah karangan dengan akur pada jumlah perkataan yang telah ditetapkan. Mereka tidak boleh lagi menulis jumlah perkataan dalam karangan mengikut kehendak atau sesuka hati. Jika format lama yang mengarahkan calon menulis karangan yang panjangnya 350 - 500 patah perkataan, ada segelintir calon yang menulis karangan yang panjangnya lebih daripada 1500 patah kata. Itu dulu, tak apa.

Berdasarkan format baharu, setiap calon perlu menulis karangan yang panjangnya, mestilah AKUR dengan arahan soalan!

Jadi, mahu tidak mahu. Pelajar MESTI tahu atau mahir dalam kerja-kerja membilang patah kata.

  • PERKATAAN YANG DIBILANG SATU PERSATU:-
  1. Kata  (sarang burung - 2, rumah tangga - 2, mata bola - 2, cantik - 1, jururawat - 1)
  2. Kata majmuk (kereta api - 2, jalan raya - 2, tandatangan - 1, tanggungjawab - 1)
  3. Penanda wacana ( Oleh hal yang demikian - 4, Oleh sebab itu - 3, Hal ini demikian - 3)
  4. Kata sendi (dan - 1, dengan - 1, kepada - 1, daripada Ali - 2)
  • PERKATAAN YANG DIBILANG SATU:-
  1. Kata ganda (masak-masak - 1, anai-anai - 1, sekolah-sekolah - 1)
  2. Kata nama khas (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra - 1, Azemi bin Dolah - 1)
  3. Tarikh ( 22 Jun 2021 - 1, 2021 - 1, Dua ribu dua puluh satu - 1)
  4. Peribahasa ( Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat - 1, kaki botol - 1)
  5. Alamat ( Lot 1094, Kg. Semut Api, Jalan PCB, 15350 Kota Bharu - 1)

Comments

Popular Posts