JENIS AYAT...!

 



Silalah makan.....




Kita pernah mendengar orang menyebut 'jenis', 'ragam', 'binaan', 'bentuk' 'pola' ayat dan lain-lain. Adakah hal ini membawa maksud yang sama tentang 'ayat' tersebut? Atau adakah maksud lain? 

Pada kesempatan ini, kita berbincang tentang 'jenis' ayat dahulu. Yang lain-lain kita bincangkan pula sekiranya diberikan kesempatan.

JENIS ayat terbahagi kepada 4, iaitu:-

  • Ayat Penyata (ayat yang diucapkan untuk memaklumkan/memberitahu sesuatu)
  • Ayat Tanya (ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu)
  • Ayat Perintah (ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang, meminta seseorang berbuat sesuatu)
  • Ayat Seruan (ayat yang menggambarkan perasaan seperti takut, sedih dan lain-lain)
Contoh Ayat Penyata
  1. Cikgu sudah pencen.
  2. Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan.
  3. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra ialah Sekolah Berasrama Penuh.
  4. Masyarakat semakin terkesan akibat wabak Covid 19.

Contoh Ayat Tanya

  1. Itu ayahnya?
  2. Berapakah harga barang itu?
  3. Bilakah dia pulang dari Kota Bharu?
  4. Yang berkereta besar itu siapa?

Contoh Ayat Perintah

  1. Bawalah barang itu.
  2. Jangan merokok di sini.
  3. Tolong pulangkan buku saya.
  4. Silalah masuk.

Contoh Ayat Seruan

  1. Aduh, sakitnya kakiku!
  2. Amboi, baiknya budak itu!
  3. Cis, jangan kauulangi lagi perbuatan itu!
  4. Eh, sampai hati engkau!


Comments

Popular Posts