ANALISIS ESEI BAHAGIAN B...!

Baru hari ini cikgu berkesempatan untuk memperkatakan soalan esei Bahasa Melayu Kertas 1(1103/1) SPM 2013. Pertama kali cikgu mengamati bentuk soalan A dan B kertas 1 tersebut, perkataan yang pertama yang terkeluar dari mulut cikgu ialah ..... senang, dan seharusnya calon-calon SPM 2013 dapat menjawabnya dengan sebaik mungkin.
Cikgu akan memperkatakan soalan bahagian B terlebih dahulu.

Sumber: Kertas Soalan B. Melayu (1103/1) SPM 2013

Seperti biasa soalan bahagian B ini mengandungi 5 item soalan dan calon hanya perlu memilih satu daripadanya. Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam 30 minit dan markah penuhnya adalah 100. Panjang esei ini mestilah lebih daripada 350 patah perkataan.

ANALISIS MENGIKUT SOALAN:-
  1. Tema untuk soalan ini ialah akhlak terpuji, manakala tugasannya pula ialah usaha-usaha pelbagai pihak untuk membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang. Pelbagai pihak di sini bermaksud pelajar/ibu bapa/masyarakat/NGO/sekolah dan lain-lain. Kebiasaannya soalan 1 ini merupakan soalan dimensi pelajar dan kebiasaannya soalan akan menekankan usaha yang dilakukan oleh pelajar TETAPI disebabkan soalan 1 (2013) tidak memfokuskan pelajar, maka cikgu rasa usaha-usaha pelbagai pihak akan diterima. Calon juga mestilah menyatakan usaha-usaha berserta dengan contohnya sekali.
  2. Soalan 2 merupakan soalan berformat khusus iaitu rencana. Calon mestilah menulis tajuk serta nama penulis sebagai memenuhi syarat penulisan sesuatu rencana. Tema bagi soalan ini ialah amalan pengambilan makanan segera dan makanan ringan yang kurang sesuai untuk kesihatan anak-anak yang sedang membesar. calon sebaik-baiknya mestilah menjelaskan contoh makanan segera dan makanan ringan. Manakala tugasan bagi soalan ini ialah peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan tersebut oleh anak-anak. Bagi soalan 2 ini, mungkin tanpa disedari berlaku kesilapan tatabahasa seperti yang tertulis dalam soalan tersebut iaitu 'Peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak'. Frasa yang sepatutnya ialah kalangan anak, kerana kata kalangan itu telah membawa maksud jamak.
Bersambung kemudian....



Comments

Popular Posts