BERUBAH MAKNA...!

Sesetengah kata apabila digandakan akan menyebabkan berlakunya perubahan maksud ataupun makna. Bagi kata lain yang digandakan pula hanya berubah dari segi jumlah, iaitu apabila digandakan kata tertentu akan membawa makna banyak ataupun plural. 
BERUBAH DARI SEGI JUMLAH
  • buku > buku-buku (banyak buku)
  • tali > tali-tali (banyak tali)
  • lembu > lembu-lembu (banyak lembu)
BERUBAH DARI SEGI MAKNA
  • jarang > tidak rapat, senggang, jarak jauh, tidak lebat; contoh ayat:-
  1. Rambut orang itu semakin jarang.
  2. Giginya semakin jarang.
  • jarang-jarang > tidak kerap, sekali-sekala; contoh ayat:-
  1. Mereka jarang-jarang ke padang untuk menyertai latihan hoki.
  2. Saya jarang-jarang makan malam.
  • setengah > separuh, bahagian yang sama; contoh ayat:-
  1. Dia memakan setengah daripada kek itu.
  2. Setengah daripada pendapatan bulanannya dihabiskan di meja judi.
  • setengah-setengah > kata bilangan tak tentu yang membawa makna yang tidak pasti, contoh ayat:-
  1. Setengah-setengah / Sesetengah pelajar tidak suka akan mata pelajaran Sejarah.
  2. Sesetengah ternakan peliharaannya dijual kepada pemborong bukan Melayu.


Comments

Popular Posts