ESEI: KELEBIHAN INTERNET...!
Soalan:
Internet merupakan media komunikasi canggih yang menjadi bukan sahaja penghubung antara manusia malah sebagai sebuah gedung ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan penggunaan internet kepada golongan pelajar.
ISI-ISI PENTING:-
- Sebagai pusat sumber bergerak kepada golongan pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.
- Menjadi alat alternatif kepada pelajar menambah ilmu pengetahuan.
- Kemudahan internet yang diubah suai menjadi satu kaedah pengajaran yang menarik minat pelajar.
- Membantu pelajar menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru.
- Membantu mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap buku teks dan seumpamanya.
- Pelajar dapat membuat rujukan tentang sesuatu topik pembelajaran dengan cepat dan tepat.
- Kemudahan internet bertindak sebagai serampang dua mata, di samping ilmu pengetahuan pelajar juga dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa asing.
- Pelajar dapat menambah kenalan yang boleh dijadikan 'kumpulan belajar maya'.
- Guru dan pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran secara online tanpa halangan masa dan tempat.
- Membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan bantuan tayanyan video, gambar grafik yang menarik.
- Mempelbagaikan kaedah pembelajaran pelajar menyebabkan minat pelajar bertambah.
- Mengurangkan perbelanjaan ibu bapa membeli buku-buku rujukan yang konvensional.
- Menambah kenalan dan menggalakkan pelajar berkomunikasi secara skala yang lebih besar.
- Mengelakkan pelajar daripada membuang masa dengan aktiviti yang kurang berfaedah.
- Pengetahuan semasa pelajar semakin baik.
Comments
Post a Comment