KATA GANTI NAMA TANYA...!
Kata
Ganti Nama Diri Tanya
Terdapat tiga jenis
Kata Ganti Nama Diri Tanya, iaitu:
(a) apa
(b) siapa
(c) mana
Kata Ganti Nama Diri Tanya
digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat.
Terdapat Kata Ganti Nama
Diri Tanya keterangan, iaitu:
(a) bagaimana
(b) bila
(c) mengapa
Berapa pula merupakan Kata Ganti
Nama Diri Tanya bilangan.
Penggunaan Kata Ganti Nama
Diri Tanya
Kata Tanya
|
Penggunaannya
|
Contoh Ayat
|
apa
|
menanyakan
nama benda dan binatang
|
1.
Apa nama kucing itu?
2.
Kertas apa yang kamu beli?
|
siapa
|
menanyakan
orang dan nama orang
|
1.
Siapa yang datang bersama kamu itu?
2.
Nama kamu siapa?
|
mana
|
menanyakan
manusia, binatang, benda dan tempat
|
1.
Cikgu mana?
2.
Awak tinggal di mana?
3.
Bola baru mana?
4.
Kucing awak mana?
|
bila
|
menanyakan
masa
|
1.
Bila dia pulang dari sekolah?
2.
Bila peperiksaan PMR bermula?
|
mengapa
|
menanyakan
sebab
|
1.
Mengapakah cikgu datang awal?
2.
Mengapa budak itu menangis?
|
berapa
|
menanyakan
jumlah atau bilangan
|
1.
Berapakah harga kereta ini?
|
bagaimana
|
menanyakan
cara dan keadaan
|
1.
Bagaimanakah dia pergi ke sekolah?
2.
Bagaimanakah keadaan Azim sekarang?
|
minta maaf tetapi diharapkan boleh memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang kata ganti nama tanya kerana saya tidak mahu melakukan kaklid dan menjadi orang yang mukallid di dalam ilmu nahu tatabahasa. salam.
ReplyDeleteTatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 103 boleh dijadikan bahan rujukan. Terima kasih perkongsian ilmu.
ReplyDelete