SAJAK RUMPUT...!
SAJAK:
RUMPUT
RANGKAP SAJAK
|
MAKSUD SAJAK
|
Baru saja hendak mendongak
Aku sudah dipijak
Baru saja hendak berbedak
Diserbu debu menutup muka
Cuaca panas angin kering
Ditambah lagi bau busuk asap lori
Sesak nafas bagai menunggu mati
Mujur embun pagi membersih diri
|
Kesusahan yang dialami seseorang yang malang. Baru sahaja hendak
mengecap sedikit kesenangan, ada sahaja kesusahan yang mendatang.
Namun kesusahan dapat ditempuhi apabila agama menjadi pegangan.
|
Baru saja tangan hendak menari
Datang pemotong rumput
Lalu dipotongnya jari doa
Si pemotong rumput
Cepat panjang
Cepat dapat wang!
|
Biasanya kesenangan tidak kekal lama kerana ada sahaja orang yang
mengambil kesempatan.
Ada juga orang yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain
demi kesenangan diri.
|
Nasib rumput di tepi jalan
Tak sehijau rumput di padang.
|
Nasib golongan ini tidak sama dengan golongan lain.
|
Khadijah
Hashim
Antologi
Harga Sebuah Lukisan
Dewan Bahasa
dan Pustaka
TEMA
- · Kehidupan manusia yang menerima nasib malang kerana kelemahan diri.
- · Sesetengah golongan manusia diperlakukan orang seperti rumput di tepi jalan.
- · Agama mampu menjadikan seseorang tabah menghadapi kesusahan.
- · Perbezaan antara golongan manusia seperti ada yang senang dan ada yang susah.
- · Berusaha dengan gigih untuk membina kehidupan yang lebih berjaya.
- · Melankolik
- · Bebas / tidak terikat
- · Terdiri daripada 3 rangkap
- · Bilangan baris setiap rangkap berbeza
- · Rima akhir tidak sama
Comments
Post a Comment