MENGAKUI AKAN...!

Cuba perhatikan ayat-ayat di bawah. Adakah ayat-ayat ini gramatis ataupun tidak? Penggunaan kata sendi nama akan selepas kata kerja transitif agak kerap dan telah menjadi kebiasaan.
- Rakyat perlu mengakui akan kebenaran yang diutarakan oleh pihak kerajaan.
- Ibu sangat merindui akan anak tunggalnya yang bekerja di seberang laut.
- Dia ditugaskan mengepalai akan pasukan pengakap itu.
- Ramai yang menyetujui akan pendapatnya itu.
- Pelajar diminta merujuk akan buku modul yang dibekalkan
- KKT ------------------------> OBJEK
- Rakyat perlu mengakui kebenaran yang diutarakan oleh pihak kerajaan.
- Ibu sangat merindui anak tunggalnya yang bekerja di seberang laut.
Comments
Post a Comment