BUDI SEMANGKUK DAGING...!
Budi Semangkuk Daging
Oleh: Amy Suzani Ainuddin
Sinopsis
Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberikan setiap jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.
Tema
Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.
Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Persoalan
- Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
- Larangan dalam agama.
Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.
- Dendam yang berpanjangan.
Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.
- Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.
Binaan Plot
- Permulaan
Mengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang.
- Perkembangan
Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.
- Puncak
Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu.
- Peleraian
Teknik Plot
- Pemerian
- Dialog
Contoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka.
- Imbas Kembali
Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.
- Saspens
- Monolog Dalaman
Contoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya.
- Monolog
Watak Utama
Puan Ainun
- Isteri kepada Encik Hilal.
- Ibu kepada Shafiq dan Hanif.
- Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.
- Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.
Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa dalam keadaan yang selamat.
- Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu.
- Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam.
Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan pemberiannya.
- Insaf akan kesilapannya.
Watak Sampingan
Cik Punita
- Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.
- Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.
- Fasih berbahasa Melayu.
- Berasal dari Ipoh.
- Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.
- Patuh pada ajaran agamanya .
- Mempunyai semangat kejiranan.
Encik Hilal
- Suami kepada Puan Ainun.
- Bapa kepada Shafiq dan Hanif.
- Menasihati isterinya yang menghadapi masalah dengan jirannya.
- Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain.
Latar Masa
- Waktu pagi
- Waktu tengah hari
- Waktu petang
Latar Tempat
- Rumah Puan Ainun.
- Kawasan Perumahan
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
- Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .
- Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain.
Comments
Post a Comment