SAJAK KEUSANGAN BUDAYA...!
KEUSANGAN BUDAYA
TEMA
- Warisan budaya Melayu yang semakin dilupakan oleh generasi kini.
- Generasi lampau sangat mengamalkan adat budaya.
- Warisan bangsa telah dilupakan.
- Irama rock menggantikan tiupan seruling.
- Melankolik
- Kebersihan fizikal dan mental
- Hemah tinggi
- Patriotik
- Kita mestilah menjadi golongan yang memiliki kebersihan fizikal dan mental
- Kita seharusnya menjaga warisan bangsa dan sentiasa bersopan santun.
- Kita perlulah mempertahankan warisan bangsa agar tidak terhakis oleh budaya Barat.
RANGKAP
|
MAKSUD
|
Ketika dulu
Kelihatan sang dara bersimpuh ayu
Bersalut songket tenunan Melayu
Menganyam segar
|
Suatu ketika dahulu, kita sering melihat anak gadis memakai pakaian
tradisi dan penuh sopan santun.
|
Kelihatan
Sang teruna menebang ara
Berbaju Melayu warisan bangsa
Meniup seruling bambu
Merdu dan sayu
|
Fenomena anak muda berbaju Melayu kelihatan melaksanakan tugas dan
meniup seruling bambu yang sangat merdu bunyinya.
|
Ketika ini
Tiada lagi sang dara ayu
Tiada juga teruna gagah
Kini yang ada Cuma
Tubuh-tubuh lesu
Tubuh-tubuh kaku
|
Sekarang tiada lagi gadis cantik serta lelaki hebat. Kini yang
tinggal hanyalah gadis dan lelaki yang kelihatan lesu dan kaku.
|
Kedengaran
Irama gamat menodai kedamaian
Seruling bambu diam keusangan
Songket dan bati muram disisihkan
|
Kedengaran muzik rock yang membingitkan telinga. Budaya kita menjadi using
kerana disisihkan.
|
Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisi
Melihat sayu Sang Sita dewi
Yang using tidak bermaya lagi
|
Orang tua di kampong masih setia mengamalkan adat warisan.
Mereka hanya mampu melihat sahaja warisan bangsa menjadi layu dan using.
|
Oleh: Roshilawati Razlan
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Dewan Bahasa dan Pustaka
Comments
Post a Comment