SINOPSIS MERAH SILU...!
PUISI TRADISIONAL
MERAH SILU
SINOPSIS
MERAH SILU
SINOPSIS
- Perkahwinan Merah Gajah dengan Puteri Betong telah melahirkan dua orang putera iaitu Merah Silu dan Merah Hasum.
- Merah Gajah secara tak sengaja mencabut sehelai rambut yang berwarna keemasan isterinya ketika tidur.
- Darah keluar dari liang rambut yang dicabut sehingga menyebabkan Puteri Betong meninggal dunia.
- Berita kematian menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan bertindak membunuh menantunya iaitu Merah Gajah.
- Kematian Merah Gajah menyebabkan ayahandanya iaitu Raja Ahmad bertindak balas.
- Akhirnya berlakulah peperangan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuklah sebilangan besar rakyatnya.
- Merah Silu dan Merah Hasum serta sebilangan rakyat yang tinggal terus mendiami negeri Semerlanga.
- Merah Silu dan adiknya Merah Hasum akhirnya berhijrah ke sebuah negeri Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai.
- Merah Silu yang ternampak banyak ikan telah menahan bubu yang akhirnya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang.
- Merah Silu kemudian merebus cacing tersebut di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu menjadi kaya raya.
- Perbuatan Merah Silu menangkap kerbau liar tidak disenangi oleh adiknya.
- Merah Silu berpindah mencari petempatan baharu ( Hulu Karang) dengan membawa harta dan kerbau-kerbaunya.
- Merah Silu berpindah lagi setelah kehadirannya tidak disenangi oleh penduduk kampung kerana kerbaunya telah memakan tanaman penduduk.
- Merah Silu berpindah lagi ke negeri Buluh Telang. Baginda bertemu dengan Megat Iskandar.
- Merah Silu gemar menyabung ayam dan sering memberikan hadiah kerbau kepada mereka yang menyabung ayam dan yang menontonnya.
- Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar-pembesar, melantik Merah Silu menjadi raja di Jerun Rimba.
- Sultan Malikul-Nasar menentang dan berlakulah beberapa siri peperangan antara mereka berdua.
- Sultan Malikul-Nasar akhirnya tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.
Comments
Post a Comment