LINTANG-PUKANG...!

Kata ganda berirama lintang-pukang bermaksud keadaan yang tidak tersusun, tidak selaras, tidak kemas, tidak teratur, tidak terurus, dan macam-macam lagi. Contoh penggunaannya dalam ayat:-
  • Ali berlari lintang-pukang apabila dikejar anjing.
  • Keadaan kerusi meja di dalam kelas itu lintang-pukang.
  • Corak permainan pasukan Malaysia menjadi lintang-pukang kerana ketua pasukan telah dibuang padang.
Kata ganda yang sama makna atau hampir sama makna dengan lintang-pukang ialah:-
  • lintang-kedak
  • pontang-panting
  • tunggang-langgang
  • bongkang-bangkir

Comments

Post a Comment

Popular Posts