PENGGUNAAN KKT DALAM AYAT...!


KESALAHAN PENGGUNAAN FRASA KERJA TRANSITIF

  • RUMUS: KKT/FKT ------------> OBJEK
  • Selepas kata kerja transitif / frasa kerja transif mestilah diikuti oleh objek / kata nama.
Contoh Kesalahan:-
  1. Polis menembak mati seorang penjenayah yang bersenjatakan pistol.
  2. Emak menggenggam erat tangan saya.
  3. Mat Yo menendang deras bola itu ke arah gawang gol.
  4. Lembu itu sedang meragut dengan lahapnya rumput di halaman rumah.
Pembetulan Ayat:-
  1. Polis menembak seorang penjenayah yang bersenjatakan pistol hingga mati. 
  2. Emak menggenggam tangan saya dengan erat.
  3. Mat Yo menendang bola itu ke arah gawang gol dengan deras.
  4. Lembu itu sedang meragut rumput di halaman rumah dengan lahapnya.
  • menembak > KKT, seorang penjenayah > objek
  • menggenggam > KKT, tangan > objek
  • menendang > KKT, bola > objek
  • meragut > KKT, rumput > objek

Comments

Popular Posts