PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2013...!

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri edisi ke-7 akan berlangsung pada 19 - 22 Februari 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Pada kejohanan kali ini akan menyaksikan seramai 79 orang peserta pidato dari 74 buah negara berentap untuk menjadi juara. Pada edisi yang lepas, peserta dari Afghanistan, Sebghatullah Qazizada dinobatkan sebagai juara bagi kategori Antarabangsa, manakala peserta negara, Fathiah Ibrahim juara bagi kategori Nusantara.

Sejak 2007 lagi pentas PABM telah menjadi medan perhimpunan dan pertemuan pemidato bahasa Melayu dari 7 benua yang boleh dijadikan bukti perkembangan radikal bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Bagi PABM 2013 ini, 4 lagi penyertaan baharu iaitu dari Panama, Bostwana, Laos dan Nepal.

Senario ini secara jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu sebenarnya merupakan bahasa yang semakin berkembang dan semakin berpengaruh sehinggakan bahasa yang menjadi kebangggan kita ini ditawarkan sebagai kursus penting di universiti-universiti di seluruh dunia.

Comments

Popular Posts