SAJAK RUMPUT...!


SAJAK: RUMPUT

RANGKAP SAJAK
MAKSUD SAJAK

Baru saja hendak mendongak
Aku sudah dipijak
Baru saja hendak berbedak
Diserbu debu menutup muka
Cuaca panas angin kering
Ditambah lagi bau busuk asap lori
Sesak nafas bagai menunggu mati
Mujur embun pagi membersih diri


Kesusahan yang dialami seseorang yang malang. Baru sahaja hendak mengecap sedikit kesenangan, ada sahaja kesusahan yang mendatang.

Namun kesusahan dapat ditempuhi apabila agama menjadi pegangan.

Baru saja tangan hendak menari
Datang pemotong rumput
Lalu dipotongnya jari doa
Si pemotong rumput
Cepat panjang
Cepat dapat wang!


Biasanya kesenangan tidak kekal lama kerana ada sahaja orang yang mengambil kesempatan.

Ada juga orang yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain demi kesenangan diri.

Nasib rumput di tepi jalan
Tak sehijau rumput di padang.


Nasib golongan ini tidak sama dengan golongan lain.

Khadijah Hashim
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Dewan Bahasa dan Pustaka

TEMA
  • ·         Kehidupan manusia yang menerima nasib malang kerana kelemahan diri.
PERSOALAN
  • ·         Sesetengah golongan manusia diperlakukan orang seperti rumput  di tepi jalan.
  • ·         Agama mampu menjadikan seseorang tabah menghadapi kesusahan.
  • ·         Perbezaan antara golongan manusia seperti ada yang senang dan ada yang susah.
  • ·         Berusaha dengan gigih untuk membina kehidupan yang lebih berjaya.
NADA
  • ·         Melankolik
BENTUK
  • ·         Bebas / tidak terikat
  • ·         Terdiri daripada 3 rangkap
  • ·         Bilangan baris setiap rangkap berbeza
  • ·         Rima akhir tidak sama


Comments

Popular Posts