TUGASAN F3 DELTA DAN F3 GAMMA...!


Bahagian A(i)
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulislah sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata.

                Pelbagai faktor dikenal pasti sebagai punca berlakunya tabiat merokok dalam kalangan penduduk hari ini. Antaranya pengaruh rakan sebaya terutamanya pada golongan remaja, pengaruh media yang menjadikan iklan sebagai wadah pemadat rokok., dan timbul perasaan ingin mencuba selain untuk mengurangkan tekanan akibat masalah yang dihadapi. Hal ini kemudian akan mengakibatkan berlakunya pembaziran wang, nafas berbau, risiko menghidapi barah paru-paru, dan menimbulkan perasaan kurang selesa dalam kalangan bukan perokok.

                Menyedari hakikat ini, beberapa langkah perlu dilaksanakan. Antaranya adalah dengan mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas. Sesungguhnya niat untuk berhenti merokok berserta dengan tekad dan azam yang kuat mampu untuk menghindari seseorang perokok daripada terus menjadi hamba rokok sebagai teman seumur hidup. Perokok yang dikhuatiri menghidapi barah paru-paru boleh diberikan ubat untuk mengelakkan ketagihan merokok. Ubat itu berupa gula-gula getah yang dicipta untuk mengurangkan rasa ketagihan.

                Selain itu, sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok juga boleh diketengahkan. Kajian telah membuktikan bahawa asap rokok dikatakan mengandungi lebih 4,000 jenis bahan kimia termasuk alkohol, racun dan bahan-bahan yang menyebabkan kanser. Media massa harus memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan tabiat merokok. Ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal tanah air. Ceramah-ceramah sebegini patut diadakan di tempat-tempat awam seperti di kompleks membeli belah dan kawasan terbuka.

                Undang-undang yang digubal seperti mewujudkan kawasan larangan merokok hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Pihak polis dan kesihatan hendaklah bertindak menyaman atau menangkap mereka yang didapati melanggar peraturan merokok. Dalam pada itu kerajaan juga boleh menaikkan cukai dan harga semua jenis rokok di pasaran. Tanaman tembakau di negara kita perlu digantikan secara berperingkat-peringkat dengan tanaman lain agar pendapatan penanam tembakau tidak akan terjejas.

                Di samping langkah pihak berwajib, ibu bapa juga perlu sama-sama bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan  keluarga. Ibu bapa perlulah terlebih dahulu menjauhi tabiat merokok supaya menjadi contoh teladan kepada anak-anak.  Seterusnya ibu bapa mesti mengawal pergerakan anak-anak dan tidak membiarkan mereka hidup terlalu bebas. Kawalan daripada ibu bapa amat berkesan dalam menangani tabiat merokok dalam kalangan remaja.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Lestari e-Mester, Info-Didik)

Peringatan:
  • Tugasan ini hendaklah ditulis pada kertas kajang bersaiz A4.
  • Tarikh penghantarannya adalah pada 17 dan 18 Februari 2013.


Comments

  1. Terdapat banyak usaha untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.Antaranya ialah dengan mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas.Media massa haruslah memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan tabiat merokok.Bukan itu sahaja,ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal.Selain itu,undang-ubdang yang digubal hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dan tanaman tembakau di negara kita perlu digantikan secara berperingkat-peringkat dengan tanaman lain.Akhir sekali,ibu bapa juga perlu bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga.

    83 patah perkataan.

    NURUL SYAMIMI FATINI BINTI SYAHRUM.
    PMR 3 GAMMA(2013).

    ReplyDelete
  2. Terdapat banyak usaha untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar.antaranya ialah mewujudkan KLINIK BERHENTI MEROKOK.Selain itu,media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan tabiat merokok.Di samping itu,ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal.Undang-undang yang boleh digubal hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dan tanaman tembakau perlulah digantikan secara berperingkat-peringkat dengan tanaman lain.Akhirnya,ibubapa juga perlu bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. Petikan membincangkan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    Langkah yang pertama ialah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas.Selain itu,sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok juga boleh diketengahkan.Di samping itu,media massa juga harus memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang tabiat merokok.Seterusnya,ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal tanah air.Pada masa yang sama,undang-undang yang digubal seperti mewujudkan kawasan larangan merokok hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.Akhir sekali, di samping langkah pihak berwajib, ibu bapa juga perlu sama-sama bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangan bagi langkah-langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk ialah halangan daripada pengaruh media massa, terutamanya iklan.Selain itu,kurangnya kesedaran tentang bahayanya merokok dalam kalangan penduduk.Akhir sekali,undang-undang yang kurang tegas juga merupakan halangan yang menyekat usaha kerajaan dalam menentang tabiat merokok.

    Kesimpulannya semua pihak perlu berganding bahu dalam menggiatkan langkah-langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk agar kualiti kesihatan penduduk negara kita semakin baik.



    ReplyDelete
  4. Petikan membincangkan langkah-langkah mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    Mewujudkan klinik berhenti merokok merupakan langkah yang pertama dalam mengurangkan tabiat merokok para penduduk . Selain itu , media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan tabiat merokok.Seterusnya,ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal.Di samping itu,undang-ubdang yang digubal hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dan tanaman tembakau di negara kita perlu digantikan secara berperingkat-peringkat dengan tanaman lain.Akhir sekali,ibu bapa juga perlu bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangannya pula, pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan ketagihan merokok semakin menjadi-jadi . Kedua , iklan-iklan yang menggambarkan bahawa merokok ini merupakan satu kekayaan pada zaman sekarang . Akhir sekali , pendududk juga tdak mempunyai kesedaran tentang bahayanya merokok.

    kesimpulanya , semua pihak perlu berganding bahu mengurangkan tabiat merokok agar kualiti hidup di nagara kiita semakin meningkat.

    ReplyDelete
  5. Petikan membincangkan langkah mengurangkan tabiat merokok di kalangan penduduk. Terdapat pelbagai langkah untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan penduduk.

    Antara langkah mengurangkan tabiat merokok adalah dengan mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas. Seterusnya, mengadakan sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok juga boleh diketengahkan. Seterusnya, Ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal tanah air. Selain itu, Undang-undang yang digubal seperti mewujudkan kawasan larangan merokok hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Yang keempat, ibu bapa juga perlu sama-sama bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga.,

    Halangannya pula, para perokok yang sudah merokok untuk jangka masa yang lama, menjadi sukar untuk berhenti. Selain itu, penduduk lebih suka mencari keseronokan dalam mencuba rokok. Seterusnya, penjualan rokok meluas dan sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa.

    Kesimpulannya, Pihak berkuasa hendaklah berkerjasama dengan masyarakat untuk sama-sama mengurangkan tabiat merokok agar kualiti hidup penduduk kita bertambah baik.

    ReplyDelete
  6. Petikan tersebut membincangkan langkah-langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk .

    Mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas merupakan antara langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk . Selain itu , media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan tabiat merokok . Seterusnya, ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal. Di samping itu, Undang-undang yang boleh digubal hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dan tanaman tembakau perlulah digantikan secara berperingkat-peringkat dengan tanaman lain . Akhir sekali, ibu bapa juga perlu bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangan untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk ialah pengaruh rakan sebaya yang juga seorang perokok tegar . Kurangnya kesedaran betapa bahayanya amalan merokok dalam kalangan penduduk . Selain itu , pengaruh media massa yang tiada kesungguhan untuk menguar-uarkan tentang bahananya merokok .

    Kesimpulannya , semua pihak seharusnya berganding bahu dalam mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk agar kualiti kesihatan terjamin .


    OLEH : ALIYANA , HANI , ALIYA :)

    ReplyDelete
  7. Petikan membincangkan langkah-langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk Malaysia.

    Langkah pertama ialah kerajaan boleh mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas. Selain itu, sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok juga membantu menyelesaikan isu ini. Seterusnya, media massa berperanan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan tabiat merokok. Di samping itu, ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal tanah air. Tambahan, undang-undang yang digubal seperti mewujudkan kawasan larangan merokok hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Ibu bapa juga berperanan dalam mengawal gejala merokok dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangan bagi kejayaan langkah mengurangkan tabiat merokok ini adalah pengaruh daripada rakan sebaya yang sentiasa mengajak rakan mereka mengikuti tabiat. Bahkan, masyarakat juga masih belum sedar tentang bahayanya tabiat merokok kepada tubuh manusia.

    Kesimpulannya, masyarakat perlu bersama-sama mencegah gejala ini demi melahirkan masyarakat yang bebas merokok selaras dengan slogan “Tak Nak Merokok”.

    ReplyDelete
  8. Petikan membincangkan inisiatif yang dapat diambil bagi mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    Inisiatif utama yang dapat diambil ialah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok. Selain itu, media massa haruslah memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan tabiat merokok.Seterusnya,ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah yang terkenal. Di samping itu, undang-undang yang digubal hendaklah dikuatkuasakan.Pihak kerajaan juga hendaklah menaikkan cukai dan harga semua jenis rokok di pasaran.Akhir sekali, ibu bapa juga perlu sama-sama bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangan yang wujud dalam melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk ialah kurangnya kesedaran dalam diri penduduk itu sendiri. Selain itu,pengaruh rakan sebaya yang bersikap negatif turut menyebabkan penduduk terjebak dengan najis rokok.Sikap endah tidak endah ibu bapa terhadap anak-anak mereka juga menyumbang kepada meningkatnya tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk. Hal ini tidak lain tidak bukan bagi meningkatkan tahap kesihatan penduduk di negara kita.


    ReplyDelete
  9. Petikan ini membincangkan tentang langkah-langkah mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    Langkah yang pertama ialah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas. Selain itu , niat untuk berhenti merokok berserta dengan tekad dan azam yang kuat mampu untuk menghindari seseorang perokok daripada terus menjadi hamba rokok sebagai teman seumur hidup . Di samping itu, sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok juga boleh diketengahkan. Seterusnya, undang-undang yang digubal seperti mewujudkan kawasan larangan merokok hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.Dalam pada itu, kerajaan juga boleh menaikkan cukai dan harga semua jenis rokok di pasaran . Akhir sekali ,ibu bapa juga perlu sama-sama bertindak mengawal gejala merokok dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangan bagi kejayaan mengurangkan tabiat merokok ini adalah kandungan nikotin yang banyak membuatkan perokok sangat ketagih akan rokok . Selain itu,faktor persekitaran turut menghalang seseorang itu berhenti merokok. Akhir sekali,pengaruh rakan sebaya yang kuat turut menjadi penghalang untuk berhenti merokok.

    Kesimpulannya,tabiat merokok boleh diatasi sekiranya semua masyarakat mengambil bahagian dalam langkah-langkah yang diberikan.

    ikram &asyraf 4b

    ReplyDelete
  10. Petikan membincangkan usaha-usaha untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk .

    Usaha pertama ialah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas. Selain itu, sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok perlu diketengahkan. Seterusnya, media massa harus memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan merokok. Undang-undang mewujudkan kawasan larangan merokok perlu dilaksanakan sepenuhnya. Di samping itu, tanaman tembakau di negara kita perlu digantikan secara berperingkat-peringkat dengan tanaman lain. Akhir sekali, ibu bapa perlu sama-sama bertindak mengawal gejala ini.

    Manakala, halangan-halangnya pula adalah tiada kesedaran diri dalam kalangan perokok kerana mereka tidak mengendahkan akibat bahayanya rokok terhadap kesihatan. Selain itu, tekanan emosi yang dihadapi bagi segilintir masyarakat mendorong mereka untuk merokok.

    Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam mengurangkan tabiat merokok dalam- kalangan penduduk Malaysia agar dapat mengurangkan gejala penyakit berbahaya.

    (123 patah perkataan)
    NABILAH BINTI GHZALI
    MIRA IDA KARLINA BINTI HAJI SANI
    SPM 4BETA

    ReplyDelete
  11. Petikan membincangkan langkah-langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk Malaysia.

    Langkah pertama ialah kerajaan boleh mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas. Selain itu, sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok juga membantu menyelesaikan isu ini. Seterusnya, media massa berperanan penting dalam menyebarkan maklumat tentang keburukan tabiat merokok. Di samping itu, ceramah tentang keburukan merokok boleh diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal tanah air. Tambahan, undang-undang yang digubal seperti mewujudkan kawasan larangan merokok hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Ibu bapa juga berperanan dalam mengawal gejala merokok dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangan bagi kejayaan langkah mengurangkan tabiat merokok ini adalah pengaruh daripada rakan sebaya yang sentiasa mengajak rakan mereka mengikuti tabiat. Bahkan, masyarakat juga masih belum sedar tentang bahayanya tabiat merokok kepada tubuh manusia.

    Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu bekerjasama membanteras gejala ini demi melahirkan masyarakat yang sihat .

    Amir Asyraf dan Zul Hakimi

    ReplyDelete
  12. Petikan membincangkan langkah-langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk Malaysia.

    Langkah pertama ialah kerajaan boleh mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas. Di samping itu, ceramah tentang keburukan merokok patut diadakan dan boleh menarik minat para pendengar dengan menjemput penceramah terkenal tanah air seperti Ustaz Azhar Idrus. Akhir sekali, di samping langkah pihak berwajib, ibu bapa juga perlu sama-sama bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangannya pula, pengaruh rakan sebaya yang tak dikawal menyebabkan penduduk yang muda terlibat dengan rokok. Seterusnya, penjualan rokok meluas dan sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa.

    Kesimpulannya, Pihak berkuasa hendaklah berkerjasama dengan masyarakat untuk sama-sama mengurangkan tabiat merokok agar kualiti hidup penduduk kita bertambah meningkat menjelang tahun 2020.

    ReplyDelete
  13. Petikan ini membincangkan tentang langkah-langkah mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    Langkah yang pertama ialah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas. Selain itu , niat untuk berhenti merokok berserta dengan tekad dan azam yang kuat mampu untuk menghindari seseorang perokok daripada terus menjadi hamba rokok sebagai teman seumur hidup . Di samping itu, sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok juga boleh diketengahkan. Seterusnya, undang-undang yang digubal seperti mewujudkan kawasan larangan merokok hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.Dalam pada itu, kerajaan juga boleh menaikkan cukai dan harga semua jenis rokok di pasaran . Akhir sekali ,ibu bapa juga perlu sama-sama bertindak mengawal gejala merokok dalam kalangan keluarga.

    Manakala halangan bagi kejayaan mengurangkan tabiat merokok ini adalah kandungan nikotin yang banyak membuatkan perokok sangat ketagih akan rokok . Selain itu,faktor persekitaran turut menghalang seseorang itu berhenti merokok. Akhir sekali,pengaruh rakan sebaya yang kuat turut menjadi penghalang untuk berhenti merokok.

    Kesimpulannya,tabiat merokok boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita.Oleh itu ,kita hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dalam gejala merokok.

    hairi@nuen 4b

    ReplyDelete
  14. Petikan membincangkan langkah-langkah untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    Langkah perdana ialah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas.Selain itu sesi penerangan tentang kesan negatif tabiat buruk merokok juga boleh diketengahkan.Seterusnya ialah undang-undang yang digubal seperti mewujudkan kawasan larangan merokok haruslah dilaksanakan sepenuhnya.Di samping itu ibu bapa juga perlu sama-sama bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan keluarga.
    Manakala halangan bagi perokok untuk berhenti merokok ialah keadaan persekitaran yang lebih terdedah kepada gejala merokok.Seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya yang kuat dan amat susah untuk ditangani.Selain itu pengeluaran tembakau di negara kita tidak terkawal.
    Kesimpulannya kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bersama-sama membanteras gejala merokok yang semakin berleuasa kerana rokok itu musuh negara.

    ReplyDelete
  15. Petikan membincangkan langkah-langkah mengirangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk Malaysia . Langkah perdana ialah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas merupakan langkah berkesan yang boleh dilaksanakan . Selain itu , sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok juga boleh diketenganhkan . Seterusnya , undang-undang yang digubal seperti mewujudkan larangan merokok hendaklah dilaksanakan sepenuhnya . Langkah terakhir ialah ibu bapa perlu sama-sama bertindak mengawal gejala ini dalam kalangan remaja .

    Manakala halangannya pula ialah penduduk tidak tahu betapa bahayanya tabiat merokok . Selain itu , ibu bapa kurang mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak dalam isu merokok . Di samping itu , pengaruh rakan sebaya yang sangat kuat menyebabkan remaja susah untuk berhenti daripada merokok . Akhir sekali , remaja sendiri tidak ada kesearan dalam diri untuk berhenti daripada merokok .

    Kesimpulannya , terdapat pelbagai langkah dan halangan untuk mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk . Oleh itu , sama-samalah kita mempraktikkan langkah-langkah tersebut kerana menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tidak berguna .(aslam,firdaus),

    ReplyDelete
  16. Petikan membincangkan langkah-langkah bagi mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    Langkah pertama ialah dengan mewujudkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas di seluruh Malaysia. Hal ini dapat mengurangkan ketagihan merokok dalam kalangan masyarakat. Sesi penerangan tentang kesan negatif akibat tabiat buruk merokok boleh diketengahkan oleh pihak hospital.Dengan ini perokok yang dikhuatiri menghidapi barah paru-paru juga boleh diberikan ubat untuk mengelakkan ketagihan merokok.

    Manakala halangan bagi kejayaan langkah mengurangkan tabiat merokok ini adalah kurangnya kesedaran tentang betapa bahayanya amalan merokok dalam kalangan penduduk dan sekelilingnya. Media massa juga boleh memainkan peranan penting dalam menangani amalan merokok.Selain itu,pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan menaikkan cukai rokok dan menguatkuasakan larangan kepada pembeli yang berumur 18 tahun kebawah.

    Kesimpulannya,terdapat banyak langkah bagi mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts