ESEI: PENTINGNYA PERKASAKAN INDUSTRI TANI...!
PENDAHULUAN:-
- Negara kita tetap melaksanakan langkah memperkasakan industri pertanian selaras dengan hasrat kerajaan memajukan sektor ini sejajar dengan perkembangan sektor-sektor lain seperti sektor perindustrian dan perkilangan, sektor perlombongan, sektor perkhidmatan dan lain-lain.
- Perkembangan ini juga selaras dengan pencapaian negara dalam bidang sains dan teknologi.
- Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran komoditi pertanian demi memenuhi keperluan negara dan juga sebagai sumber eksport.
IDEA-IDEA PENTING:-
(Kepentingan memperkasakan industri pertanian....)
- Mengelakkan daripada kebergantungan negara kepada komoditi pertanian yang diimport dari luar negara. - Import bahan makanan dari luar negara mencecah RM16 bilion setahun. - Langkah penjimatan.
- Membuka peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat, - sektor pertanian mampu menangani masalah pengangguran dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.
- Mempelbagaikan sumber eksport negara, tidak hanya bergantung kepada eksport bahan petroleum, barangan elektronik, minyak sawit dan lain-lain. Hal ini demikian dapat meningkatkan pendapatan negara dan memantapkan iklim ekonomi semasa negara.
- Menggalakkan rakyat memajukan tanah-tanah terbiar untuk aktiviti pertanian yang menguntungkan. - meningkatkan nilai dan hasil tanah.
- Mempertingkatkan kualiti alam sekitar dengan menambahkan peratus muka bumi yang ditutupi dengan pelbagai jenis tanaman. - mengurangkan kesan pemanasan global, kesan rumah hijau dan sebagainya.
- Langkah keselamatan negara - mengelakkan negara dilanda musibah jika menghadapi peperangan, bencana alam dan seumpamanya.
- Industri pertanian juga membantu industri-industri lain seperti bertindak sebagai sumber bahan mentah, misalnya getah untuk kilang tayar dan barangan plastik.
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
PENUTUP:-
- Kerajaan perlu terus memandang ke hadapan dalam menelusuri arus kemajuan dunia. Kerajaan perlu lebih serius terhadap usaha memperkasakan industri pertanian negara demi menjaga kesinambungan kestabilan negara.
Comments
Post a Comment