PT3: PEMARKAHAN SOALAN SINTAKSIS...!
Format Bahasa Melayu PT3 mengkhususkan soalan tentang sintaksis atau bahagian ayat pada soalan 3 di bahagian A. Untuk soalan ini jumlah markah yang diperuntukkan adalah 10 markah, iaitu daripada 5 pecahan soalan yang setiap satunya tersedia 2 markah.
Contoh soalan:-
3. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksudnya.
(i) Kami menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh guru itu.
............................................................................................................................................... (2m)
Contoh jawapan:-
- Semua tugasan yang telah diberikan oleh guru itu kami siapkan. - 2m
- Semua tugasan yang diberikan oleh guru itu kami siapkan. - 0m (tiada 'telah' - kata bantu)
- Semua tugasan yang telah diberikan diberikan oleh guru kami siapkan. - 0m (itu digugurkan)
- Semua tugasan itu kami siapkan. - 1m (tiada keterangan)
- Menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh guru itu kami. - 0m (ayat songsang)
Komen:-
- Semasa menukarkan ayat, kata bantu (akan, sedang, telah...) dan kata ganti tunjuk (itu, ini) mestilah dikekalkan seperti dalam ayat asal.
- Kata keterangan juga tidak boleh ditiadakan.
Comments
Post a Comment